Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Adab Tidur Mengikut Sunnah

bobo
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Sekiranya kita mengikut sunnah Rasullullah SAW, maka tidur kita akan menjadi ibadah. Allah S.W.T hanya akan menerima ibadah yang di lakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Sesorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah S.W.T untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.”

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika sesorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Antara sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur.

Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa harian tapi hakikatnya harga yang Allah SWT janjikan adalah syurga.

Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhallah 33x, Allahuakbar 33x.

Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, A-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Kemudian baca bismillahirahmanirrahim 21 kali. Barang siapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali katika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan ganguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah SWT akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi SAW yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi SAW, dilarang tidur meniarap terutamanya lelaki.
Tutup aurat ketika. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya ada Syaitan/Jin Betina.

Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makluk lain.

Sekiranya Bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur engan benih-benih Syaitan/Jin. jai jangan la marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembayang ketika mengantuk Berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang. Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang. Bukan itu sahaja, tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya:-

1. Berwuduk
Sebaik-baiknya gosok gigi anda sebelum masuk tidur. Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati. InsyAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis.

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut ansa cepat rasa sebu. Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahu pun menghadapi masalah sukar untuk bangun.

3. Mengingati kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal, cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan baik. Tetapi sekiranya anda banyaak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.
Rasullullah SAW sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

5. Berazam untuk Bangun Awal.
Anda juga digalakkan untuk membaca suruh Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur kapada Allah kerana telah memanjang usia lalu berdoa: “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mematikan kami. KepadaNya kami akan dibangkitkan”. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

Sumber: http://afieqamohdnasir.blogspot.my

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia