Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Ayat Empat (Ayat Perang)

salahuddin

 

 

Ayat Empat

لَِا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنِّيْ كُنْْتُ مِنَ الظََّاِلِمْين

“Tiada tuhan melainkanMu, Maha SuciMu (Ya Allah), sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim.” (Al Anbiya:8) – 10x @ 100x

 وَاللهُ غَالِبٌ عَلَى أمْرِِِْهِ

 

“Sesungguhnya Allah berkuasa penuh atas setiap urusannya” (Yusuf:21) – 33x @ 313x

يَاحَيُ يَا قَيُّوْمً, يَا إِلَهَنَا, وَإِلَهَ كُلِّ شَيْءٍ إِلَهاً وْاَحِداً, لَاِ إِلَهَ إِلَا أَنْتَ

 

“Wahai Tuhan yang Maha Hidup, Wahai Tuhan yang Maha berdiri sendiri, Wahai Tuhan kami, Tuhan segala setiap sesuatu, Tuhan yang satu, Tiada tuhan melainkanMu (Ya Allah)” (Doa Asif Barkhaya) – 33x @ 313x

يَا ذَالْجَلا لِ وَالِْا كْرَم

 

“Wahai Tuhan yang memiliki segala Kebesaran dan Kemuliaan (Asmaul Al Husna) – 33x @ 313x

Kalimat di atas adalah kalimat zikirullah yang yang mulia. Elok diamalkan dengan niat menghampirkan diri dengan Allah ( Sebagai wasilah). Fadhilatnya, “insya-Allah” Allah akan memberi pertolongan semasa bertempur dengan musuh.

Beramallah dengan tulus ikhlas dan mencari redho Allah. Jangan difikirkan fadhilatnya. Bila sampai satu saat getir, terserah dan bertawakkallah kepada Allah.

Bukan kewajipan Allah membantu hambanya. Tetapi hambalah berkewajipan taat dan beribadah kepadaNya.

Jangan beramal kerana hendak menjadi handal atau kebal. Atau kerana mencari kelebihan dunia. Setiap pengamal hendaklah menjauhi dosa-dosa besar dan maksiat. Jika beramal dengan tujuan selain Allah, maka jatuh kepada syirik dan boleh menjadi gila isim. Gila isim dari  penyalahgunaan kalimah Allah, tidak ada pawang atau bomoh yang dapat mengubatinya melainkan dengan bimbingan sheikh guru kerohanian sahaja yang dapat menawarkannya

Kadang-kadang sipengamal menjadi panas baran. Boleh jadi niat yang salah atau ada berbuat maksiat. Kepanasan boleh dikurangkan dengan perbanyakkan selawat nabi dan istighfar. Sebaik-baiknya rujuk kepada guru sebelum beramal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia