Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Ayat Kunci Khazanah Langit Dan Bumi

 

luar-angkasa

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dikhabarkan bahawa Sayidina Uthman Ibnu Affanr.a. pernah meminta penjelasan lanjut berkenaan firman Allah SWT tentang “Maqalad As-SamawiWal-Ardh” (Kunci Langit Dan Bumi) ini dari Rasulullah SAW.

Baginda Rasulullah SAW telah bersabda katanya; “Kamu bertanya kepadaku wahai Uthman, soalan yang belum pernah ditanyakan kepadaku oleh sesiapa pun sebelummu. Besar faedahnya”. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah seperi mana Ayat berikut;

 

ayat kunci

Ertinya:

Tiada yang disembah melainkan Allah

Allah Maha Besar, Maha Suci Engkau

Segala puji bagi Allah

Aku mohon ampun kepada Allah

Tiada yang patut disembah melainkan Dia

Dia yang awal, Dia yang akhir

Dia yang zahir, Dia yang batin

Yang menghidupkan yang mematikan

Dia yang hidup tanpa mati

Pada-Nya segala kebaikan

Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu

 

Perhatikan Firman Allah didalam surah (Az-Zumar;63)

 “Kepunyaan Allah  kunci-kunci perbendaharaan ruang angkasa langit dan bumi; (orang-orang  percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi”.

“Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu.  Yang bermaksud kemuliaan. Kemuliaan dunia dan akhirat

 

Di antara kelebihan ayat tersebut;

>Mendapat keampunan dan rahmat dari Allah

>Mendapat ganjaran pahala yang besar

>Mendapat pemeliharaan dari Allah dari musuh dan penyakit

>Untuk mengubati penyakit

>Mendapat kemuliaan dunia dan akhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia