Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Cara Mengkhusyukkan Solat

solat
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah. Mudah-mudahan solat kita tidak menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita akibat tidak khusyuk. Kesannya wajah menjadi hitam  tidak bercahaya.

Diantara berikut adalah kaedah yang perlu dilakukan:

– Seboleh-bolehnya sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah.

– Menjaga makan minum terjamin halalnya.

– Mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan agama

– Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

– Selalu ingat kepada Allah dan meninggalkan ingatan, fikiran yang tidak bermanfaat apabila diluar solat.

– Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

– Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.

– Memakai pakaian yang bersih dan suci.

– Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran.

– Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.

– Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.

– Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.

– Membuat persediaan sebelum solat, iaitu betafakur mengosongkan hati kepada dunia dan hanya fokus kepada Allah sama ada dengan beristighfar, atau selawat atau membaca Alquran.

– Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.

– Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, untuk menjauhkan gangguan syaitan.

والله أعلمُ بالـصـواب

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia