Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Cara Meninggikan Badan Secara Alami.

 

Cara Meninggikan Badan Secara Alami.

 

Memiliki badan yang tinggi adalah idaman semua orang baik lelaki mahu pun wanita. Kadar pertumbuhan tubuh setiap orang tidak sama, ianya bergantung kepada genetik, pemakanan dan gaya hidup. Taraf ekonomi dan kesihatan sesebuah negara  juga mengambil peranan kepada pertumbuhan individu penduduknya.
Penduduk dalam peringkat teratas bertubuh tinggi adalah di benua Eropah, terutama orang Belanda. Dan penduduk yang bertubuh pendek kebanyakannya di benua Asia timur dan Asia tenggara.

Jika diselidiki, secara asasnya, ternyata penduduk bertubuh tinggi mengambil gandum di dalam pemakanannya. Dan penduduk bertubuh pendek mengambil beras si dalam pola pemakanannya.

Kenyataannya remaja berhenti meninggi selewat-lewatnya pada usia 25 tahun. Biasanya lelaki mungkin akan tambah tinggi sehingga berusia 21. Terdapat kes yang sangat jarang mungkin mencecah 25. Perempuan pula akan mengalami pertumbuhan mendadak pada usia 10 hingga 14 tahun. Dan secara purata pertumbuhan berhenti pada usia 18 tahun.

 

Perbandingan taraf hidup, pola makan, gaya hidup bangsa berbadan tinggi.

Diet orang Belanda (Netherlands) : Negara kaya dan sejuk. Secara purata orang Belanda makan banyak roti, daging, keju, dan minum banyak susu dan tidur agak awal. Gaya hidup sihat

Diet orang Amerika : Negara kaya dan sejuk. Secara purata orang Amerika makan roti, daging, keju, kentang, minuman berkarbonat, makanan berlemak dan fast food. Gaya hidup kurang sihat.

Diet puak orang Benggali (India) : Negara miskin dan panas. Secara purata puak orang Benggali makan roti capati (tepung atta/gandum penuh), kari daging, susu lembu dan kuah dhal. Gaya hidup tradisional

Diet orang Afganistan dan Pakistan : Negara miskin dan panas. Secara purata orang Afganistan dan Pakistan makan roti capati (tepung atta/gandum penuh), kari daging dan kual dhal. Gaya hidup tradisional

 

Faktor mempengaruhi ketinggian badan

1. Genetik

2. Pola makan

3. Tidur

4. Senaman

 

  1. Genetik

Memainkan sebahagian daripada peranan meninggikan badan. Secara umum atau kebiasaannya, tumbesaran tubuh akan mengikut genetik ibu bapa. Tetapi apabila faktor lain dilonjakkan dari paras normal, pertumbuhan tubuh akan melebihi dari garis genetik. Contohnya:

a) Ibu bapa pendek. Si anak menjalani pola makan dan hidup secara biasa. Maksudnya,

  • Mengambil nasi
  • Sedikit sayuran
  • Sedikit ikan atau daging
  • Tidur normal
  • Kurang senaman.

Maka si anak akan kekal mengikut genetik iaitu pendek.

b) Ibu bapa pendek. Si anak menjalani pola hidup secara luar biasa. Maksudnya,

  • Mengambil nasi,
  • Sedikit sayuran,
  • Sedikit ikan atau daging,
  • Tidur lebih dari normal iaitu 12 jam sehari
  • Kurang senaman.

Maka si anak akan tinggi

c) Ibu bapa pendek. Si anak menjalani pola makan secara luar biasa. Maksudnya,

  • mengambil roti/capati, keju.
  • Minum banyak susu
  • Sedikit sayuran,
  • Banyak ikan atau daging,
  • tidur normal dan kurang senaman.

Maka si anak akan tinggi.

d) Ibu bapa pendek. Si anak menjalani pola hidup secara luar biasa. Maksudnya,

  • Makan nasi,
  • Sedikit sayuran,
  • Sedikit ikan atau daging,
  • Tidur normal dan
  • Banyak bersenam, seperti bergayut selepas bangun tidur atau lama berenang.

Maka si anak akan tinggi

Cuba anda bayangkan bagaimana kalau si anak tersebut mengamalkan diet makan yang berkhasiat, tidur yang banyak dan rutin melakukan senaman sejak umur 12 hingga 21 tahun, betapa tingginya si anak tersebut.

 

          2. Pemakanan

Mengkonsumsi makanan yang kaya dengan kalsium, protein, zink, vitamin D, magnesium, dan berbagai macam mineral lainnya.

Kalsium adalah mineral yang terpenting untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang yang kuat.

Sumber kalsium seperti,sum-sum tulang (super), susu, telur yogurt, keju, cheese, kacang soya, kacang hijau, kacang tanah, kacang dhal, kacang almond, brokoli, bayam,  sawi hijau, ikan sardin,udang dan tempe.

Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil bersama-sama vitamin D. 

Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan magnesium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang.

Kalsium hendaklah diambil selepas makan. Sumber mangnesium kacang hijau, kacang dhal, kacang soya, kacang tanah, kacang merah, kacang kuda, kacang almond, biji gajus, biji bunga matahari, sekoi dan coklat.

Tingkatkan pengambilan zink dalam diet anda. Bahan ini boleh didapati dalam pegaga, telur, biji labu, beras perang, coklat, kacang badam, kacang hijau, , kacang pis, asparagus, kurma, dan pil supplemen. Kekurangan khasiat zink boleh menyebabkan pembesaran kanak-kanak terbantut.

Protein adalah pembangun tubuh yang sangat penting untuk tinggi badan. Protein mengandung asam amino yang diperlukan untuk hormon pertumbuhan, dan sangat penting untuk menjaga kesehatan tulang, otot, jaringan, organ, kulit dan gigi.

Produk kekacang adalah diet terbaik untuk meninggikan badan. Ianya kaya dengan sumber kalori, protin, kalsium dan magnesium zat yang sangat diperlukan untuk tumbesaran tubuh.

Sumber kekacang tersebut seperti kacang soya, kacang tanah, kacang hijau, kacang dhal, kacang almond, kacang merah dan kacang kuda. Kekacang kaya dengan kalori, protin, kalsium, magnesium,

Produk gandum, sebaik-baiknya gandum asli (wholemeal) contohnya seperti tepung atta ( warna coklat muda). Selain itu seperti oatmeal, biji gajus, barli, ikan, daging, makanan laut, dan telur

Vitamin D sangat penting untuk membantu penyerapan kalsium untuk tulang yang kuat dan sehat. Jika kekurangan vitamin D dapat menyebabkan gangguan pertumbuhan, dan tulang yang lemah.

Sinar matahari sebelum jam 10 pagi, susu, keju, daging, telur, cendawan, minyak ikan salmon.

Selain vitamin D, vitamin lain seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, dan vitamin F juga diperlukan untuk pertumbuhan badan yang normal.

Untuk memenuhi semua ini pastikan kamu rajin konsumsi buah-buahan dan sayuran.

Kandungan Mineral. Makanan yang mengandung mineral seperti zink, magnesium, fosfor, fluorin, yodium, zat besi, iodin dan mangan juga penting untuk meningkatkan tinggi badan dan pertumbuhan.

 

            3. Tidur yang cukup.

Tidur juga adalah komponen penting dalam usaha untuk meninggikan badan. Tidur yang diperlukan ialah tidur yang nyenyak dan berkualiti.

Dari itu dinasihatkan hindari makanan dan minuman yang mengganggu kualiti tidur apabila menjelang malam hari, seperti kopi, alkohol, cili, rempah, coklat, makanan berlemak dan terlalu banyak minum air.

Semasa tidur hormon tubuh bekerja membaiki tisu dan proses pembesaran.

Tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 – 12 jam. lebih banyak tidur adalah lagi baik untuk meninggikan badan .

 

           4. senaman.

Apabila bersenam, badan akan merembeskan hormon tumbesaran ke dalam sistem. Hormon tumbesaran akan mencetuskan tulang, otot, dan tisu untuk bertambah. Senaman yang lebih baik akan memaksa lebih hormon tumbesaran (HGH) ke dalam sistem.

Senaman yang paling berkesan untuk meninggikan badan ialah bergayut. Sebaik-baiknya diawal pagi, selepas bangun dari tidur. Bergantunglah selama mana yang mampu, cukup sekadar berayun-ayun. Ini dapat memberi efek gravitasi yang menarik anda untuk memaksa tubuh anda untuk tumbuh.

Berenanglah selama 20-30 menit. Renang memberi efek berkurangnya gaya graviti dan akan membuat sendi dan tulang anda melonggar, dan akan memaksimalkan pertumbuhan tulang anda.

Melakukan strok ketika berenang juga boleh membantu memanjangkan vertebra. Melakukan di dalam air memberi kelebihan disebabkan ianya menuetralkan kesan graviti pada tulang belakang.

Melompat. Sukan yang paling baik untuk meninggikan badan ialah bermain bola keranjang. Kerana disitu kita banyak melompat dan melontar. Atau pun bermain lompat tali skipping.

 

Perkara yang perlu dihindari

  1. Kurang tidur. Pertumbuhan tubuh akan terbantut.
  2. Kerap melakukan hubungan seks, Onani. Membazirkan zat-zat yang berguna. Zat yang diperlukan untuk pembesaran tidak mencukupi.
  3. Merokok. Kimia rokok memakan zat kalsium.
  4. Dadah. Mengambil dadah akan menganggu dan melemahkan organ tubuh.
  5. Kafein. menghalang penyerapan kalsium dan mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing.
  6. Minum arak (alcohol). Merosakan perut, jantung hati, buah pinggang tubuh dan menghalang penyerapan kalsium dan mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing.
  7. Minuman berkabonat. Mengakibatkan kebocoran kalsium dari tulang da merosakkan sel-sel buah pinggang
  8. Garam berlebihan. Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari sistem badan kita. Disarankan mengambil garam asli (warna biru) atau garam bukit ( warna merah).
  9. Ubatan. Ubat-ubatan boleh melambatkan proses pembesaran, jika ia diambil berlebihan, pada lingkungan umur kanak-kanak
  10. Pengambilan steroid boleh memberikan kesan kepada perkembangan tulang kanak-kanak dan remaja. Selain itu, bahan tersebut juga boleh mengurangkan kadar air mani, meningkatkan tekanan darah dan meningkatkan risiko sakit jantung.
  11. Hindari makan sebelum tidur 2 jam sebelum tidur usahakan untuk tidak makan, ini kerana makan sebelum tidur dapat memicu hormon insulin yang dapat menghambat distribusi hormon pertumbuhan badan.
  12. Stres dan tekanan hidup akan melemahkan kerja sistem tubuh.
  13. Kurangkan makanan yang mengandungi lemak dalam jumlah yang banyak, makanan ringan, minuman berkarbonat, berkafein, alkohol. Ini kerana pemakanan yang tidak sihat ini boleh menghalang atau membantutkan pertumbuhan manusia dan juga memperlambatkan proses penyerapan kalsium di dalam tubuh badan.
  14. Hindari makanan segara seperti Fastfood, junkfood dan refill.
  15. Sumber gula harus dibatasi karena dapat menghambat kalsium, yang tentunya sangat mempengaruhi pertumbuhan tubuh.
  16. Jangan tidur meniarap. Tidur lurus sama ada telentang atau mengiring.
  17. Jangan makan terlalu banyak sekali gus, anda akan jadi gemuk dan bukan tinggi. Makan sedikit tetapi kerap dan berkualiti.
  18. Jangan makan dan terus tidur, anda akan jadi gemuk dan tidak tinggi.

Cara Meninggikan Badan Secara Alami-kalsium

 

Kaedah meninggikan badan selepas umur 25 tahun

Secara amnya tumbesaran tubuh terhenti pada usia. 25 tahun. Cara meninggikan badan selepas umur 25 tahun kaedahnya sedikit berbeza, dalam hal pengambilan nutrisi.

Pengambilan nutrisi mestilah tepat pada sasarannya. Dalam method ini, zat meneral kalsium, zink, tidak sesuai lagi diambil secara biasa, melainkan dengan sokongan supplemen. Agar mendapatkan hasil yang memuaskan.

Zat kalsium yang diperlukan bagi kategori umur lebih dari 25 tahun, ialah 1000mg sehari.

Pengambilan kalsium mestilah seiring dengan magnesium, agar tidak terjadi mendakan kalsium yang menyebabkan batu karang.

Pengambilan kalsium mestilah seiring dengan vitamin D, supaya zat kalsium dapat diserap secara maksimum.

Oleh kerana hormon tumbesaran telah terhenti pada usia 25 tahun. Jadi Zat Zink diperlukan sebagai perangsang hormon pembesaran.

Seterusnya zat lain yang diperlukan seperti, protin, vitamin D, magnesium, serta lain-lain vitamin dan garam mineral, bolehlah diambil dengan sumber pemakanan biasa.

Dan selain itu, perkara berikut haruslah diamalkan:

  1. Melakukan senaman
  2. Mendapat tidur yang cukup atau lebih dan berkualiti
  3. Makan makanan seimbang
  4. Mengamalkan gaya hidup sihat.

 

Cara Meninggikan Badan Secara Alami-alas kasut heightincreser

 

Solusi tambahan untuk meninggikan badan

Alas kasut increaser berfungsi pada prinsip teknologi Acupuncture Cina dipanggil “Reflexology” untuk merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan lebih Hormon Pertumbuhan, melalui saraf tunggal kaki anda.

Dengan memakai alas tapak kaki juga perlu mengikut panduan seperti diatas juga. Cuma dengan kaedah ini pertumbuhan badan akan lebih berkesan

 

Sebab-sebab masalah pembesaran

  • Mengalami kecacatan.
  • Kelenjar pituitari; Kekurangan hormon tiroid dan hormon testosteron
  • Penyakit pencernaan
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit darah, contohnya talassaemia
  • Penyakit sistem saraf
  • Trauma atau tekanan mental yang serius
  • Sindrom Cushing (hormone yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal berlebihan)
  • Penyakit congenital (dari lahir) yang berlaku semasa tisu-tisu badan sedang berkembang
  • Pembesaran yang terbantut semasa janin masih di dalam kandungan ibu
  • Masalah kromosom – contohnya sindrom Turner
  • Penyakit tulang
  • Mengidap sesuatu penyakit

 

Tips Tambahan

Pastikan sistem imunisasi dalam keadaan yang baik. Tingkatkan sistem imunisasi dengan pemakanan yang sihat, dengan pengambilan vitamin c yang mencukupi. Cuba elak daripada memakan makanan yang diproses, makanan yang tinggi kandungan lemaknya dan makanan ringan.

Pastikan kandungan kalori tubuh mencukupi, agar badan kuat dan bertenaga.

Pelbagaikan buah-buahan, sayur-sayuran,

Jika perlu gunalah suplemen

Pengambilan air putih yang mencukupi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia