Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

12 Sifat Wanita Yang Tidak Boleh Dijadikan Isteri

 

8a4bca32114946af8f918a3b26c9b102_500

 

Isteri adalah adalah teman dan pakaian bagi si suami. Hidup disamping isteri bukanlah sehari dua. Dalam mencari isteri jangan bersifat terburu-buru nafsu, yang akan menyebabkan banyak masaalah akan terjadi di kemudian hari. Dari itu perlulah kita selidiki terlebih dahulu ciri peribadi wanita yang mahu dibuat isteri.

Berikut adalah ciri-ciri wanita yang tidak boleh dijadikan isteri:

1. Jahat. Semua orang tentu tidak mahu berkahwin dengan wanita jahat. Janganlah sekali-kali cuba mengahwini wanita jahat. Sebab akan banyak menimbulkan masaalah dan memeningkan kepala. Mengubah pulau itu lebih senang dari mengubah hati seorang insan.

2. Degil. Iaitu wanita yang tidak boleh diberikan nasihat atau tak makan nasihat oleh orang lain. Menyebabkan suami merasa bosan dan sentiasa makan hati.

3. Kuat melawanWanita yang suka membantah dan menentang suaminya. Suaminya dilakukan seperti musuh. Mengakibatkan sering berlaku pergaduhan. Rumah-tangga jadi tidak tenteram dan bergolak.

4. Suka bangga diri. Wanita yang berbangga diri di depan wanita-wanita lain dan yang menyombongkan diri dengan hal-hal dunia seperti harta, pangkat, kecantikan dan kemewahan yang ada padanya. Ini biasa terjadi pada wanita-wanita yang ada status dan pangkat. Title Datin Sri, Datin, Puan Sri biasanya angkuh dengan statusnya di hadapan wanita lain.

5. Lekas marah dan tidak sabarMenyebabkan sering berlaku perselisihan dalam rumah-tangga. Wanita ini  mudah meminta khulu’ dan talak dari suaminya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Serta sering lari meninggalkan rumah

6. Lidah tajam. Bila bercakap sahaja menyakitkan hati. Menyebabkan  suami selalu sakit hati dan bosan. Dan menyebabkan wanita ini dijauhi oleh rakan-rakan, jiran dan sanak saudara

7. Suka memaksa. Membuat permintaan di luar kemampuan suaminya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman seperti ingin lari dari rumah, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak nafsunya sahaja.

8. Suka buang masa. Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah asas seperti solat berjemaah, membaca Al-Quran, zikir, mengurus rumah-tangga, dan berkasih sayang dengan anak-anak.

9. Cinta pada lelaki lain. Dalam hatinya ada cinta pada yang lain selain dari suaminya. Malahan, beniat untuk selingkuh dan mengimpikan anak dari lelaki itu. Dan sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami atau lelaki lain.

10. Banyak mengungkit. Tidak tahu menilai jasa dan pengorbanan suaminya dan jasa suaminya dinafikan. Wanita ini banyak kita temui dalam masyarakat kita pada hari ini. Sering mengungkit kebaikan dan harta yang dimilinya. Membuatkan suami menjadi bosan dan berputus-asa

11. Banyak keluh kesah. Apa yang diberi dan dilakukan suami serba tak kena dan ada saja yang tak puas hati dengan pemberian dan perbuatan suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperdulikan perasaan suami.  Dengan kata lain, tidak pandai bersyukur dengan apa yang ada. Jika dengan suami pun begitu, apatah lagi dengan Tuhan.

12. Membazir. Suka menghabiskan duit dengan membeli barang yang tidak perlu dan bukan-bukan. Makanya kehidupan bukan bertambah senang, tetapi bertambah susah dan meletihkan.

Hadis Nabi saw;

“Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang sebaik-baik perbendaharaan atau khazanah yang disimpan oleh seseorang? Iaitu wanita solehah, yang jika suaminya memandang maka suaminya akan rasa senang. Jika suaminya menyuruh, maka dia taat. Dan jika suami berpergian, maka dia pandai menjaganya (harta suami, maruah dan sebagainya).” (HR Abu Dawuud dari Ibnu Abbas)

+

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bottom of Form

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia