Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Enam perkara Yang Mendatangkan Penyakit

Kesihatan adalah satu asset yang sangat beharga satu anugerah dari Allah yang perlu kita jaga.Tanpa badan sihat kita tidak akan mampu untuk melakukan tugas harian dan juga untuk beribadah kepada Allah. Disini saya senaraikan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan sebagai panduan kita bersama

 

piramid_makanan3

 

 

1) Obesiti; merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Ianya bukan sahaja meyukarkan pergerakan dan juga memberi tekanan kepada tulang belakang, pinggang dan lutut.Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit jantung, darah tinggi, pernafasan dan juga diabetes. Ini adalah berpunca dari lebihan kolesterol didalam salur darah.

2) Kurang bersenam; Senaman adalah baik untuk pengaliran darah, jantung, membakar lemak, menguatkan tulang, mengeluarkan toksik dan mengurangkan stress

3) Makan banyak; Nabi s.a.w ada mengatakan penyakit itu berpunca dari perut. Kesan daripada terlalu banyak makan ialah obesiti, pertambahan kolesterol dalam darah, dan sistem pencernaan, buah pinggang terpaksa bekerja keras sepanjang masa yang mana boleh mengakibatkan kecederaan pada organ tersebut

4) Kurang tidur; Tidur penting untuk kerehatan badan tapi jangan terlampau banyak tidur. Diantara kesan kurang tidur seperti mudah stress, hilang daya tumpuan, badan lemah, sistem tubuh badan tidak dapat beroperasi secara optimum dan sistem pertahanan badan lemah.

5) Banyak minum air manis; Tabiat banyak minum air putih adalah baik untuk kesihatan. Tetapi tabiat banyak minum air manis dapat mengundang  penyakit seperti masaalah sistem pencernaan, jantung, diabetis, darah kotor, buah pinggang, badan panas dan mudah letih.

6) Tekanan Perasaan; Dipanggil juga pembunuh senyap. Apabila tubuh berada dibawah tekanan maka salur darah menjadi sempit, tekanan darah menjadi tinggi  dan denyutan jantung pun laju. Sistem kerja anggota tubuh menjadi bercelaru.  Kesan dari tekanan dalam jangkamasa panjang seperti gangguan sitem imunisasi kemurungan, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah kesuburan, kencing manis, gastrik dan ulser, asthma, masalah kulit seperti alahan kulit, jerawat, menjejaskan struktur kimia tubuh, sakit kepala dan pengeluaran hormon berlebihan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia