Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Fakta Tentang Kaabah

Fakta Tentang Kaabah

Binaan Kaabah adalah merupakan kiblat, atau pandu arah bagi orang Islam untuk mengerjakan solat, terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi oleh jemaah haji.

makkah

 

Nama lain bagi kaabah seperti Masjidil Haram bererti masjid yang dihormati atau dimuliakan, Baitullah (Rumah Allah), Baitulatiq (Rumah Kuno) dan Baitulharam (Rumah Suci).  Berukuran 12 x 10 x 14 meterLantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf. Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu. Dindingnya diperbuat daripada batu.

Diantara berikut ialah kelebihan-kelebihan yang terdapat kepada kaabah:

1.Para angkasawan melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi (sinar terang) tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Kalau kurang yakin silalah cuba check menggunakan Google Earth

mecca-kaaba

 

2. Kaabah sebagai paksi bumi, sebagai bukti ia berada di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, satu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila seseorang mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

 

mukjizat-islam-kabah-magnet-bumi-2

 

3. Kaabah dan sekitarnya merupakan sebuah kawasan dengan gaya gravitasi yang tinggi dan stabil. Ini menyebabkan satelit, frekuensi radio atau pun peralatan teknologi lainnya tidak dapat .mengetahui isi di dalam Kaabah. Selain itu, tekanan gravitasi tinggi juga menyebabkan kadar garam dan aliran sungai bawah tanah tinggi. Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ.  Pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan sistem imun.

Inilah yang menyebabkan salat di Masjidil Haram tidak akan terasa panas walau pun tanpa bumbung.

4. Pembangunan Kaabah telah dilakukan sejak zaman Nabi Adam as. Pembangunannya pun memerlukan waktu yang lama karena dilakukan dari masa ke masa. Menurut sebagian riwayat, Kaabah sudah ada sebelum Nabi Adam as diturunkan ke bumi,karena sudah digunakan oleh para malaikat untuk tawwaf dan ibadah.

5. Kaabah dijadikan sebagai kiblat oleh orang yang salat di seluruh dunia, karena orang salat di seluruh dunia memancarkan energi positif apalagi semua berkiblat kepada Kaabah. Jadi dapat Anda bayangkan energi positif yang terpusat di Kaabah, Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
Mema­ndang Kaabah dengan ikhlas akan mendatangkan ketenangan jiwa.

6. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam. Elektron mengelilingi nukleus, molekul protein terbentuk dari kiri ke kanan, darah beredar juga dari arah yang sama di dalam badan, sperma juga beredar mengikut lawan jam, matahari, bulan dan planet semuanya berputar mengikut hukum yang sama.
Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, bersemangat, sihat dan panjang umur.

7, Larangan memakai kopiah, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan cahaya yang baru.

8. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

9. Pintu Kaabah dibuat daripada kayu dan dilitupi dengan 280 kilogram emas asli. Ia setinggi 310 sentimeter dan 190 sentimeter lebar. Panjang kunci Kaabah ialah 40 sentimeter. Pintu itu didirikan 225 sentimeter di atas paras tanah.

 

86eed87b9a68816c2800e546c6225edd

 

10. Hajar Aswad (batu hitam) diyakini sebagai batu syurga. Pada asal bewarna putih dan kemudiannya menjadi hitam. Oleh karena itu tidak hairanlah jika jemaah haji dari seluruh pelusuk penjuru dunia selalu merindukannya, bahkan saling berebut hanya karena ingin menciumnya. Batu hitam itu terletak di sudut Timur Kaabah pada ketinggian 1,10 meter dari lantai Masjidil Haram berukuran panjang 25 cm dan lebar 17 cm.

 

hajar-stone

 

11. Telaga Zamzam adalah sebuah telaga di hadapan Kaabah di kawasan di antara Hajarul Aswad dan Multazam. Air alkali yang mempunyai kandungan mineral tinggi, yang tidak terdapat dimana-mana dalam dunia ini. Ia dikatakan terbit daripada terjahan kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang menyatakan ia terbit hasil pukulan sayap Jibrail.

miracle-of-zamzam-water-320x306

 

mlk-zamzam-320x320

                       Molekul air zam-zam

 

12. Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu dan di atas batu itulah Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.

 

maqam-ibrahim

 

13. Kelambu kaabah (kiswah) disula dengan emas seberat 120 kilogram dan 120 kilogram perak yang disadur pada benang khas yang kesemuanya diimport dari Jerman. Dan Seberat 670 kg benang sutera yang diimport dari Itali berharga AS$4.5 juta (AS$1 = RM3.38) itu dihiasi ayat-ayat suci al-Quran yang ditenun menggunakan 150kg emas serta perak pula digunakan dalam menghasilkan pemidang Kiswah. 

 

4fdb1fa0a4777763d2fb4605081c8ae6

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia