Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Harta Karun Di Gunung Senyum

 

1354159196921

 

Kisah ini terjadi semasa zaman komunis,semasa perintah berkurung di Gunung Senyum, Temerloh, Pahang dalam Malaysia. Mahmud(bukan nama sebenar) bersama 5 orang anak buahnya, mereka adalah orang melayu yang menjadi tentera komunis, yang sangat keletihan kerana terlalu lapar

sehinggakan terpaksa merangkak menghulu  anak sungai, ini kerana tidak mendapat bantuan makanan dari orang awam lantaran perintah berkurung.

 

gunung-senyum-01

 

 

Setelah jauh menghulu anak sungai. maka mereka sampailah ke Gunung senyum. Apa yang mereka nampak ialah sebuah gua yang didalamnya terdapat banyak harta karun. Dengan tiba-tiba muncullah orang tua berjanggut panjang berkopiah putih. Lalu berkata “wahai anak-anak kamu pilihlah satu antara dua sama ada makanan atau emas. Kalau kamu pilih makanan kamu tidak mendapat emas, dan kalau kamu pilih emas kamu tidak akan mendapat makanan”. “Ambillah emas sebanyak mana kamu terdaya membawanya”.

Oleh kerana mereka terlalu lapar dan letih tiada lansung tenaga maupun berdiri. Maka mereka pun memilih makanan. Orang tua itu memberikan mereka nasi beserta lauk ikan yang telah siap dimasak lalu katanya “makanlah dan pulangkan semula pinggan dan tulang ikan itu semula, janganlah dibuang.

Makanlah mereka sepuas-puasnya. Apabila telah selesai makan mereka pun memulangkan semula pinggan dan tulang ikan tersebut. Setelah itu mereka mengucapkan terima kasih dan minta diri untuk pulang

 

 

syiling-emas

 

 Oleh kerana hasrat untuk medapatkan emas tidak tercapai. Mahmud bertekad untuk datang semula ke gua itu. Dengan membuat tanda memasak tumit kasut kedalam tanah ditepi dinding gua tersebut.

Mahmud dan anak buahnya pun pergi mencari senapang yang ditinggalkan dulu, lalu disembunyikannya dan mereka pergi ke Balai Polis untuk menyerahkan diri.

Beberapa ketika kemudian Mahmud mengajak ibunya pergi mengambil emas di Gunung Senyum. Dengan guni besar mahmud sampailah ke Gunung Senyum bersama ibunya.

Mahmud mencari tanda yang dibuatnya dahulu dengan tumit kasut. Alangkah terkejutnya ia, kerana tidak ada pintu gua yang dilihatnya dahulu, sebaliknya hanyalah dinding batu pejal. maka pulanglah Mahmud dan ibunya dengan hampa

Demikianlah kisah  dua dimensi yang pernah terjadi di Gunung Senyum. Menjadi tanda tanya milik siapakah harta tersebut dan sampai bilakah mahu disimpan?. Orang tua itu hanyalah sebagai penjaga ke atas harta tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia