Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Ikhlas Dan Tingkatannya

 

embun-pagi1

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Arti ikhlas

Dari segi bahasa ikhlas bermakna jujur,bersih hati

Dari segi istilah ikhlas bermaksud bersih dari sesuatu yang mengotori niat hati dalam beramal(ibadat).Semata-mata mengharap wajah dan redho Allah sahaja. Jauh dari sifat riya, ujub, mencari kedudukan, pujian, keduniaan, kemasyhuran dan harta

Firman Allah;

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.
(Al-Kahfi:110)

Firman Allah;

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
(Al-Bayyinah:5)

Hadis Qudsi ertinya;

“Kelak pda hari kiamat akan didatangkan beberapa buku yang telah diperiksa lalu dihadapkan kepada Allah s.w.t (pada waktu itu )Allah berfirman:”Buangkanlah semuanya ini”.Malaikat berkata:”Demi kekuasaan Engkau,kami tidak melihat didalamnya melainkan yang baik-baik sahaja”.Selanjutnya Allah berfirman:”Sesungguhnya isinya dilakukan bukan keranaKu,dan sesungguhnya Aku tidak akan menerima kecuali apa-apa yang dilaksanakan kerana mencari keredaanku”.
(Riwayat Bazzar dan tabrani)

Ikhlas adalah sifat yang tertiggi dalam banyak-banyak sifat yg ada dalam diri insan. Ia menjadi penentu diterima atau ditolak, Kecil atau besar kadar amal yang dilakukan. Masaalah yang halus lagi rumit perlu dipelajari, dilatih dan dihalusi.

 

Tanda-Tanda Ikhlas

Takut kepada kemasyhuran. Ini kerana kemasyhuran boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya. Kemasyhuran dapat menimbulkan perasaan bangga diri, ujub dan tenggelam dalam pujiaan.

Menyalahkan diri sendiri. Orang yang mukhlis selalu merasakan dirinya banyak kekurangan. Merasa kurangnya amal yang baik, takut hatinya disusupi sifat mazmumah, takut amal tidak diterima, takut terbuat kesalahan  tanpa disedari dan sebagainya

Beramal di tempat yang sunyi. Tanda kemukhlisinan dan kewalian ialah suka berbadat di tempat sunyi. Disitu ia dapat benar-benar fokus dalam bermunajat kepada Allah

Tidak Mengharapkan Pujian dan Tidak Tenggelam oleh Pujian. Bagi orang yang mukhlis pujian dan cercaan itu sama sahaja bagi mereka. Ini kerana mereka meyakini kelemahan diri dan Allahnya yang Maha sempurna. Dan sentiasa redho dengan ketentuan Allah.

Tidak lokek memberi pujian terhadap Orang yang memang layak dipuji. Nabi saw pernah memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka. Redha dan Marah Kerana Allah. Orang mukhlis tidak seperti orang munafik yang dicela oleh Allah Subhanahuwata’ala.

Firman-Nya:

“Dan, di antara mereka ada orang yang mencelamu tentang (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadanya, dengan serta merta mereka menjadi marah” (At-Taubah:58

Ikhlas itu banyak tingkatannya. Disitulah menjadi penentu darjat manusia disisi Allah. Ia menjadi rahsia Allah, tiada siapa dapat mengetahuinya melainkan Allah jua.

Kedudukan ikhlas menjadi perselisihan antara Ulama sejak dahulu. Ini adalah kerana perbezaan manhaj (method).

Perbezaan manhaj (method), diantara  ahli fekah dan manhaj ahli tasauf. Ahli fekah mengamalkan pegangan zahir yang bersumber dari syariat (Al-quran dan hadis). Dan menafikan alasan dan hujah yang selainnya.

Sedangkan ahli tasauf mengamalkan apa yang bersumber dari syariat (Al-quran dan hadis) serta mendalami dan menghalusi apa yang terkandung didalam syariat bagi mempertingkatkan kualiti amal dan kualiti insan.

 

 

Falling a drop of water

 

Tingkatan ikhlas

1-Golongan ariffin(tertinggi)
Beribadah semata-mata hanya mengharap wajah dan redho Allah sahaja. Dalam kedudukan maqam haqqul yakin(benar-benar yakin). Maqam para Anbiya dan para Auliya. Bertepatan dengan dalil-dalil ikhlas yang termaktub didalam Al-Quran

2-Golongan abrar

Beribadah kerana Allah. Dan kerana menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba. Meyintai Allah dan Rasul.Dalam kedudukan maqam ainul yakin.Maqam orang Solehin dan Sidikkin

3-golongan awwam

Beribadah kerana mengharapkan syurga dan takutkan api neraka. Dan beramal untuk mendapatkan pahala.Dalam kedudukan maqam ilmu yakin

4-Golongan awwam (terendah)

Beribadah kerana mengharapkan fadhilat amal. Contohnya baca surah Waaqiah untuk murah rezeki. Mengamalkan ayat ruqyah untuk menjadi perawat. Dalam kedudukan maqam ilmu yaqin

Rasulullah(s.a.w) meyampaikan risalah dari Allah kepada seluruh umat manusia yang terdiri pelbagai golongan(garis kasar). Sudah tentu masejnya ringkas dan mudah(umum). Kalau masej yang disampaikan untuk golongan tinggi sahaja bagaimana pula dengan golongan awwam mahu mahu memahaminya. Dengan berkat usaha bersungguh dalam menjalani ibadah yang ikhlas dan dengan rahmat Allah, insan akan naik selangkah demi langkah ke maqam yang lebih tinggi.

Firman Allah;

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-Ankabuut:69)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia