Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Jintan Hitam Penawar Pelbagai Penyakit

 

npmaey5qeh

 

Nama Saintifik: Nigella Sativa

Nama biasa: Jintan Hitam

Nama Lain: Habbatus Sauda,Black cumin,Black Seed, Dan Black Caraway

Famili: Ranunculaceae

Asal: Mediterranean

Taburan: Mediterranean Timur Dan Afrika Utara Hingga  Timur Laut India

Kategori: Rempah

 

Keterangan

Hidup ditempat yang panas dan berpasir memerlukan matahari sepanjang masa. Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (6 -10 cm panjangnya).

Jintan hitam dihasilkan dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Tumbuhan semusim ini ketinggiannya hingga 70cm.

Buahnya pula berbentuk kapsul(kelopak) yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal, apabila matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.

 

Kandungan Fitokimia

 

tanaman-jintan-hitam1

 

 

Biji– protein, kalsium, karbohidrat, fiber, alkaloid, fosforus, kalium, minyak esen, ester, sterol, tanin, alkohol terpen, niasin, melantin, tiamin, Tokoferol, Natrium, Karotene dan  Saponin

Alkolaid seperti damascenin, nigelisin, nigelimin, nigelimin oksida dan nigelon

Minyak jintan hitam mengandungi lebih 40 sebatian anetol, cimen, karvakrol  limonen, etil heksadekanoat, etil linoleat, etil oleat, para-cimen, pinen, sabinen, terpinen, terpinen-4-ol, terpineol  dan Timokuinon

Minyak lemak pula lazimnya mengandungi asid linoleik ,asid linolenik ,asid miristik, asid oleik, asid palmitik  dan asid stearik.

Sterol adalah stigmasterol, spinasterol, sitosterol, sitosterol, sitosterol dan kampesterol

 

jinta

 

 

5 Ciri-Ciri Utama Jintan Hitam:

1.Sistem imunisasi; meningkatkan sistem pertahanan badan untuk melawan  penyakit.

2.Anti-histamin; Histamin ialah sebatian yang dikeluarkan oleh sel-sel mast(kulit,mukosa mata, hidung,saluran pernafasan dan usus) didalam badan  yang menyebabkan alahan. Jintan hitam mengandungi bahan yang menhalang protein kinase C, sejenis bahan yang menentang penghasilan histamin. Bagi mereka yang mengidap penyakit asma eloklah mengamalkannya.

3.Anti-bakteria; berupaya mengawal bakteria seperti E.coli,V.cholera dan spesis shigella

4.Anti-tumor; Berupaya menghalang pembentukan sel-sel kanser

5.Anti-radang; Dapat mengurangkan bengkak. Ia baik untuk pesakit asma(kurangkan radang didalam paru-paru), eczema(alahan yang disebabkan gatal dan kulit merah) dan juga arthritis(bengkak sendi)

 

Khasiat ubatan

Jintan hitam dikatakan dapat mengubati berbagai jenis penyakit. Pengambilannya tanpa sebarang kesan sampingan

Diceritakan oleh Abu Hurairah,beliau mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: ”Sesungguhnya pada jintan hitam itu terdapat ubat dari segala macam penyakit kecuali kematian”.(HR Muslim)

Sangat elok diamalkan sebagai sebagai makanan tambahan sebagai sokongan untuk kekal sihat dan pertahanan dari penyakit. Bagi orang sakit pengamalannya membantu meringankan serta menyembuhkan penyakit

Sebagai diuretik,untuk membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, mengeluarkan angin angin daripada perut  dan usus dan melawaskan haid dan menggalakkan pengeluaran susu

Ubat pupuk dicampur ramuan tertentu digunakan ditempel pada bisul bernanah, herpes, reumatisme, sakit dada,sakit kepala dan ulser hidung.

Biji dicampur cuka dibuat pupuk pada bisul, botak ekzema dan kurap.

Ia juga digunakan sebagai losyen mata,losyen disapu pada tubuh orang demam panas  dan ubat cuci mulut.

Ramuan campuran dijadikan ubat minum sebagai anti-muntah dan laksatif(melawaskan pembuangan air besar) untuk meningkatkan edaran darah, aliran haid, rahim, merawat asma, batuk, bengkak hati, bengkak usus, eracunan darah, sembelit, mual, mulas perut,muntah,sakit kepala, sakit usus, sampu, sengal peha, vertigo dan kegunaan wanita selepas bersalin

Untuk mengelakan perut kembung pada bayi yang baru lahir, ambil jintan hitam dan bungkus dengan kain dan diikat. Bungkusan ini di gagang diatas api dan tuam pada bahagian perut, betis, tapak kaki dan juga buah zakar dan amalkan selama 40 hari setiap kali lepas mandi

Bagi mengubati perut kembung bagi orang dewasa pula, jintan hitan di tumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit pasir sungai. Campuran ini dipanaskan seketika sebelum dibungkus dengan kain dan tuam pada bahagian perut. Bungkusan ini juga boleh dituam pada bahagian badan tertentu  untuk mengubati sengal-sengal tulang,sakit kepala dan kecederaan dibahagian hidung.

Jintan hitam juga boleh menguatkan tenaga,mengelakkan penyakit dan mengurangkan kolesterol dengan memakan setengah sudu atau secubit  jintan sebelum dan selepas bangun tidur setiap hari.

Bagi penyakit kencing tidak lawas, haid tidak lancar anda juga boleh menggunakan jintan hitam sebagai ubat. Caranya ialah dengan menggoreng tanpa minyak dan dijadikan serbuk lalu diminum dengan air panas dan madu. Pada mereka yang mengidap resdung, tumbuk jintan hitam kemudian bungkus dengan kain, bungkusan ini dihidu(sedut) berkali-kali secara berterusan dan dimakan pagi dan petang sekadar secubit atau setengah sudu teh sehingga sembuh. Kaedah hidu juga baik untuk melegakan selsema dan melancarkan pernafasan.

Bagi menghilangkan demam selsema dan sakit tekak,campurkan serbuk jintan(setengah sudu teh) dengan perahan air limau nipis dan 1 sudu besar madu amalkan sehingga sembuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia