Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Khasiat Herba Daun Belalai Gajah

 img_0281

 Info dan Khasiat Herba Daun Belalai Gajah

Pengenalan   Daun Belalai Gajah / Sabah Snake Grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans (Burm.F.) Lindau, dewasa ini hangat diperkatakan boleh merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostate, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis, pesakit dialisis, buah pinggang dan banyak lagi. Walaupun tidak ada bukti secara saintifik tetapi telah ada

Khasiat Herba Daun Belalai Gajah

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Pengenalan

  Daun Belalai Gajah / Sabah Snake Grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans (Burm.F.) Lindau, dewasa ini hangat diperkatakan boleh merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostate, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis, pesakit dialisis, buah pinggang dan banyak lagi. Walaupun tidak ada bukti secara saintifik tetapi telah ada pesakit kanser yang telah sembuh / kesihatan bertambah baik setelah mengamalkan makan / minum Daun Belalai Gajah ini.Anda mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

 

dbg-1

 

Khasiat

  Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan. Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.

  Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.

  Menurut Pengarah Urusan Tenaga Jati Bumi, Norsham Abas, SSG telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksida yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.”Kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui oleh orang ramai. Dahulu, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.Ia tentu sukar terutamanya di kalangan mereka yang tidak biasa memakan sayur atau ulam selain daun ini sukar diperoleh di semua tempat. Justeru, syarikat kami mengedarkan suplemen kesihatan, Uturn Extra (campuran serbuk soya dan kurma merah), Uturn Fresh (campuran lemon dan epal), teh uncang Uturn dan minuman campuran botanik Clinacanthus Nutans)

 

  Cara-cara penanaman

  Penyediaan bahan tanaman belalai gajah adalah melalui bahan keratan batang sepanjang 4 – 6 inci yang perlu di cucuk didalam polibeg ( 4-6 batang dalam 1 polibeg). Media semaian dalam polibeg boleh gunakan tanah campuran (3:2:1) atau gunakan campuran cocopeat atau peatmoss.Buat penyiraman terhadap semaian tersebut sehingga tunas baru terbit dan sedia untuk ditanam diladang.

  Sediakan kawasan penanaman dengan membajak atau pun membuat batas tanaman mengikut ukuran yang sesuai. Walau pun kebanyakan herba belalai gajah ditanam dikawasan terbuka, kini penanaman belalai gajah dibawah lindungan jaring hitam semakin popular dijalankan (Lihat foto sebelah). Batas ditutup dengan plastik silvershine untuk kawalan rumpai (meracun rumpai tidak disyorkan sama sekali) dan plastik juga akan menjaga kelembapan tanah. Jarak penanam dan sistem penanaman boleh dibuat dalam satu atau dua barisan diatas batas mengikut kesesuai dengan jarak penanaman antara o. 6 – 1.0 meter. Pastikan kita akan selalu memberikan baja asas organik seperti tahi ayam didalam batas sebelum menutup dengan plastik silvershine.  Kerja-kerja penyiraman dan pemberikan baja organik mesti dijalankan selepas menanam.

Cara-Cara Membuat Jus Belalai Gajah

  • masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.
Sumber: http://www.khasiatherba.com
Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia