Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Madu Lebah, Raja Segala Penawar

Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bungaMadu adalah merupakan salah satu di antara beberapa makanan yang disebut di dalam kitab Al-Quran di mana di sebalik penciptaan madu itu terkandung ribuan rahmat dan faedah kepada manusia serta makhluk lain yang mendiami bumi ini.

 

apis_dorsata_colony

 

Ia merupakan penawar kepada pelbagai penyakit

Di sini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.

Allah SWT berfirman, “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.” (An-Nahl 16: 68-69)

Rasulullah SAW bersabda, “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (HR Ibnu Majah, at-Tirmizi)

Lebah merupakan antara serangga yang disebut di dalam Al-Quran selain semut (an-Naml) dan labah-labah (al-‘Ankabuut). Sifat lebah yang hidup secara berkoloni (berjamaah) dan sifat serta sikapnya yang bekerja berasaskan pembahagian tugasan serta disiplin yang tertentu, merupakan ibrah dan panduan yang seharusnya kita sebagai manusia teladani. Lebah hidup bersosial, bekerjasama dan saling bergantungan.

Dalam kelompok lebah, ada yang berfungsi sebagai lebah ratu (tunggal), ada lebah jantan dan majoriti adalah lebah pekerja, iaitu lebah betina yang mempunyai sistem reproduksi tidak berkembang, dan kepelbagaian fungsi tugas ini perlu-memerlukan.

Seperti yang dinyatakan dalam ayat surah An-Nahl di atas, Allah SWT menggambarkan lebah telah diperintahkan olehNya untuk membuat sarang-sarang di tempat-tempat tertentu seperti di bukit-bukit, di pokok-pokok , malah ditempat-tempat khas yang dibina oleh manusia.

Daripada sifat inilah, lebah memilih nutrien-nutrien yang istimewa dari khazanah alam dan seterusnya menghasilkan madu. Lebah bukan sekadar memilih yang terbaik untuk diri mereka sendiri, malah memberi yang terbaik untuk manfaat yang lainnya

Madu dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung serta buah pinggang yang punca utamanya kerana kelebihan kandungan gula dan kolestrol dalam tubuh badan manusia.

Dengan memakan madu disamping pemakanan yang seimbang, insyaAllah tubuh manusia akan sihat dan penyakit dapat dikawal daripada menjadi lebih teruk dan kronik.

Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya.  Namun, madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteria Clostridium botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian

 

gambar-madu-asli

 

Kandungan fitokimia

Multivitamin seperti: A, B1, B2, B3, C, B6, B5, D, K, E, F,

Asia yang terkandung dalam madu adalah: asid folik dan asid nikotanik, asid formik, asid lactik, asid atrik, asid tartarik, asid oxalid, asam fosfat, dan asam glukomat.

Di dalam madu juga terkandung hormon-hormon kuat yang berfungsi menggiatkan dan memacu kerja organ-organ tubuh.

Garam mineral seperti: magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat, zink,besi, fosforus, sulfur, magnesium, kalium, sodium, klorin, tembaga, krom, nikel, lead, silica, mangan, alumininum, aurum, lithium, thin, uranium dan titanium.    fruktosa monosakaridaglukosa,

Enzim; glucose oxidase, amylase. enfertise, katalise, fosforustise dan banyak lagi

 Ciri-Ciri Utama Madu

Madu lebah asli memang diakui mengandungi Antibakteria, Anti-fungus, Anti-virus, Anti-oxidant, Anti-inflammatori, Anti-kancer, Anti-kolestrol. Analgesik, Anti-pyretik, Aphrodisiak, Anti-fertiliti, Anti-penuaan, Anti-diabetik, Anti-septik, Pengawet,

Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. . Kajian oleh ahli kimia juga mendapati madu lebah mengandungi bahan anti-radikal bebas (bahan anti-oksida). . Antara bahan yang terdapat pada madu lebah sebagai agen menyisih radikal bebas adalah flavanoid, karotin (carotenoid) dan asid fenolik (phenolic).

Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jang­kitan kuman dan kulat.

Madu asli memiliki senyawa organik yang mempunyai karakter anti bakteri antara lain glikosida, polyphenol,flavonoid.

Sebagai antibiotik, madu memiliki senyawa hidrogen pe-roksida yang mampu membunuh mikroorganisme patogen.

Memperkuatkan sel darah putih yang dapat membunuh bakteria-bakteria jahat seperti E. Coli, Vibrio Cholera dan sebagainya

Mengandungi zat hidrogen berat (deuterium) sebagai pencegah kanser

 

lebah7

 

 

Manfaat Madu Dalam Perubatan 

  1. Melegakan sakit tekak dan batuk, Ini kerana madu mempu­nyai sifat antibakteria yang­ mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurang­kan kesakitan.  Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.Dengan mencampurkan satu sudu teh madu dengan lemon atau asam jawa dengan sedikit air.
  2. Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan. Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan
  3. Menjadikan kulit lebih cantik,Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan me­ngambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.
  4. Madu lebah membekalkan karbohidrat dan memberi tenaga dalam bentuk kalori yang diperlukan oleh manusia kerana kandungan gulanya yang tinggi melebihi 80% daripada kandungan bahan keseluruhan madu lebah
  5. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung
  6. Bersifat Aphrodisiak,Mampu membangkit ghairah seksual. Dengan mencampurkan satu sudu makan madu dan kuning telur (ayam kampung) atau susu kambing, dikacau dan diminum
  7. Menyembuhkan penyaki katarak, dan membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  8. Menghilangkan kusta dan Masaalah jangkitan kulit,
  9. Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan. Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air. Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar. Dan mencegah buasir
  10. Memulihkan sel-sel urat besar.
  11. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah
  12. Mengurangi kandungan lemak dan memperkuatkan degupan jantung
  13. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  14. Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
  15. Menyembuhkan penyakit dalam perut
  16. Mempercepatkan kesan peyembuhan luka dari pembedahan
  17. Menghindarkan badan letih dan lesu
  18. Kurangkan kesakitan bila datang haid.
  19. Baik untuk perempuan bersalin. Madu memberikan tenaga segera dan menambahkan darah untuk memulihkan tubuh badan yang lemah
  20. Awet muda, dengan pengambilan madu secara berterusan boleh melambatkan proses penuaan. Kerana kolagen memainkan peranan untuk menjadikan kulit kita kelihatan sihat, muda, lembut dan sekata.
  21. Madu lebah boleh merawat penyakit jantung seperti lemah jantung dan saluran jantung tersumbat.
  22. Merawat osteoporosis,
  23. Madu lebah boleh melambatkan menopos.
  24. Sakit kepala, madu dicampurkan dengan limau bersama air putih diminum
  25. Mengubati gejala Insomnia dan penyakit mental
  26. Dapat mengatasi masaalah wanita seperti kemandulan, senggugut kelahiran dan penyakit ginekologik (sistem reproduksiwanita)
  27. Membersihkan paru-paru dan hati

 

Peringatan

Jangan makan madu dalam masa empat jam anda makan ubat. Kerana madu boleh melemahkan fungsi ubat

Hindari mengambil madu bersama tembikai kerana tindak balas kimia yang terhasil daripada percampuran dua makanan itu boleh mendatangkan reaksi negatif pada tubuh,

Elakkan minum madu dengan banyak sekaligus, iaitu seperti minum air. Risikonya apabila anda tersedak kepekatan dan ketajaman madu boleh melukakan saluran hidung. Hendaklah mengambilnya dengan ukuran sudu teh, dan di kemam sikit-sikit.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia