Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Muhyiddin Sheikh Abdul Kadir Jailani

abdul kadir

 

Kelahiran, Silsilah dan Nasab

Nama beliau dan keturunan sebelah ayah:

Mahyuddin Abu Muhammad Abdul Qadir Al Jilani bin Abu Saleh Musa bin Abdullah bin Yahya Al Jahid bin Al Imam Muhammad bin Al Imam Daud bin Al Imam Musa bin Al Imam Abdullah bin Al Imam Musa Al Jaun bin Al Imam Abdullah Al Mohd (lebih dikenali sebagai Al Majl) bin Al Imam Hassan alMuthni bin Al Imam Al Hassan Al Bast bin Al Imam AmirulMukmin ‘Ali bin Abu Talib, KarramAllahu wajhah.

Keturunan dari sebelah ibunya:

Nama ibunya Fatimah binti Al Imam Abdullah bin Mahmud bin Kamaludin Isa bin Jamaluddin bin Al Imam Abdullah Al Sauma’i (lebih dikenali Al Zahid) bin Sayyidina Ali Zainal ‘Abidin bin Al Imam Al Hussein bin Al Imam ‘Ali bin Abu Talib, saudara Al Mustafa(s.a.w.) yang berkahwin dengan Fatimah Az Zahra Al Batul.

Beliau mendapat penggilan Al Jalani daripada Jilan, sebuah wilayah merdeka dari Negara Tabristan juga dikenali sebagai Kilan.

Abdul Qadir dilahirkan disini pada tahun 470H dan beliau kembali kerahmatullah pada 671H pada malam Sabtu , 10 Rabi’awal pada umur 91 tahun. Beliau dimakamkan diserambi madrasahnya. Nasaruddin mengkebumikan beliau pada paginya sambil membacakan Qasidah yang berbunyi “ Kesedihan (merujuk kepada kematian) pada pagi ini merupakan kekalahan Jilani, dimana beliau merupakan sumber makrifah yang terkenal”

 

Penampilan Abdul Qadir.

Al Imam Muwafik Al Din Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah Al Muqaddisi berkata, “Shaykh Al Islam Al Shaykh Mahyuddin Abu Muhammad Abdul Qadir alJilani r.a. Merupakan seorang yang kurus dan tinggi dan berupa baik dengan bulu keningnya bercantum. Suara beliau nyaring dan beliau berpengetahuan luas.

Rumah yang dimana beliau dibesarkan dikenali sebagai Rumah Kemuliaan dan Pengetahuan. Ini kerana keturunan beliau dari ayah dan ibunya merupakan golongan yang berilmu dan berkedudukan. Penduduk setempat juga menggelarkan rumah tersebut rumah yang mulia.

Tidak salah jika Abd Qadir dibesarkan sejak kecil disitu dan menghafal Al Quran sejak kecil dan sehinggalah pada umur beliau 18 tahun, beliau mula merantau ke Baghdad pada tahun 488H. Pemergian beliau adalah untuk menambahkan ilmu beliau pada jalan Allah seperti yang difimankan Allah dlm surah Nisa ayat 100.

Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Abdul Qadir mengikut jejak langkah keturunannya yang juga dikenali sebagai keluarga Ilmuwan dan beiman demi mencapai cita-citanya menjadi seorang yang adil dan mulia disisi Allah dan Umat Islam.

Allah berfirman: Surah At Thur ayat 21:

“Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya”.

Abdul Qadir merupakan seorang insane yang terpelihara oleh Allah. Ini dapat dibuktikan dari cerita masyarakat sekeliling. Semasa muda beliau berkerja sebagai petani. Pada suatu hari, semasa beliau sedang membajak tanah menggunakan seekor lembu, tiba-tiba lembut tersebut memalingkan mukanya kearah beliau dan berkata ”Oh Abdul Qadir, Allah tidak menciptakan kamu untuk kerja ini”

Dari sumber yang lain pula menyatakan, Abdul Qadir memanjat keatas atap rumahnya dan melihat fenomena luar biasa iaitu jemaah Haji berkumpul di Arafah, dan jemaah lagi satu pula sedang mengelilingi Ka’abah.

Kedua-dua kejadian itu membuatkan beliau berasa takut dan terkejut. Beliau memberitahu pada ibunya dan ibunya berkata “ Ini membuktikan bahawa Allah telah memilih mu untuk diberi pengetahuan”

Selepas kejadian tersebut Abdul Qadir berhasrat untuk ke Baghdad dengan tujuan untuk mendalami lagi ilmu pengetahuan dengan para-para Ulama disana. Ini kerana pada ketika itu Baghdad merupakan pusat Ilmu dunia.

Sebelum berangkat ke Baghdad, Abdul Qadir meminta kebenaran dari ibunya agar Allah sentiasa disampingnya dalam usahanya. Ibunya menjaminkan beliau akan keselamatan dengan syarat beliau hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak sesekali menipu.

Dan dalam perjalanan beliau ke Baghdad, sekumpulan perompak telah datang kepada beliau, dan menanyakan kepada beliau, berapa wang yang Abdul Qadir ada. Abdul Qadir menjawab dengan jujur seperti mana yang telah dinasihatkan oleh ibunya. Beliau menyatakan jumlah wang yang ada didalam poketnya. Akibat dari kejujurannya itu, perompak berkenaan berasa sedih dan bertaubat atas perbuatannya itu. Perompak itu bertanya pada Abdul Qadir, mengapa beliau berkata benar sedangkan beliau tahu akan dirompak. Lalu Abdul Qadir menceritakan halnya bersama ibunya yang beliau telah berjanji atas nama Allah pada ibunya yang beliau akan bercakap benar dan jujur. Perompak tersebut merasa hairan dan takjub atas kejujuran Abdul Qadir menjaga janjinya dengan usianya yang semuda itu, manakala perompak itu memikirkan hal dirinya yang telah sekian lama hidup merompak dan bercanggah dengan Islam.

Firman Allah Surah At Taubah ayat 119:

“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar”.

Abdul Qadir meneruskan perjalannannya dan sampai di Baghdad pada tahun 488H dan memulakan pengajian beliau dengan ulama-ulama dan orang-orang saleh. Diwaktu itu bertepatan dengan meninggalnya seorang ulama terkenal, Al Tamimi. Dan juga dengan keputusan Imam Abu Hamid Al Ghazali untuk meninggalkan tugasnya mengajar di Universiti Nizhamiah, Baghdad, untuk melakukan uzlah.

 

Kisah Yang terkenal

Pada suatu malam ketika beliau sedang bermunajat kepada Allah yang panjang. Tiba muncullah seberkas cahaya terang. Bersamaa dengan itu, terdengar suara, “Wahai Syaikh, telah kuterima ketaatanmu dan segala pengabadian dan penghambaanmu, maka mulai hari ini kuhalalkan segala yang haram dan kubebaskan kau dari segala ibadah”.

Abdul Qadir Jailanai mengambil sandalnya dan melemparkan ke cahaya tersebut dan menghardik “Pergilah kau syetan laknatullah!”.

Cahaya itu hilang lalu terdengar suara “Dari manakah kau tau aku adalah syetan?,”

Syaikh Abdul Qadir menjawab, “Aku tahu kau syetan adalah dari ucapanmu. Kau berkata telah menghalalkan yang haram dan membebaskanku dari syariat, sedangkan Nabi Muhammad SAW saja kekasih Allah masih menjalankan syariat dan mengharamkan yang haram”.

Syetan berkata lagi, “Sungguh keluasan ilmumu telah menyelamatkanmu”.

Syaikh Abdul Qadir berkata, Pergilah kau syetan laknattullah! Aku selamat karena rahmat dari Alah Swt. bukan karena keluasan ilmuku”.

 

Penuntut di Bagdad

Beliau mengalami kesusahan dan kepayahan masa belajar di Bagdad itu tetapi oleh kerana kecenderungn dan kemahuannya belajar maka dapatlah beliau menguasai segala pelajaran beliau. Beliau menjadi pelajar yang paling baik dimasa itu. Beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah mufti yang paling besar di zamannya. Tetapi hatinya yang cenderung kepada kerohanian itu makin memberontak hendak keluar. Beliau selalu bermujahadah untuk menguasai nafsu amarah yang ada pada beliau itu. Beliau selalu berpuasa dan tidak mahu meminta makanan daripada sesiapapun walaupun tidak makan beberapa hari lamanya. Beliau mencari orang-orang shufi di Bagdad dan bergaul dengan mereka. Dalam mencari-cari itu bertemulah beliau dengan seorang shufi bernama Sheikh Hamad Ad-Dabbas, seorang penjual syarbat (air sirap) tetapi adalah seorang wali Allah yang besar dizaman nya (wali qutub). Lalat tidak menghinggapi air sirapnya. Beransur-ansurlah wali ini membimbing Abdul Qadir dalam tarikat shufiyah.

 

Latihan keruhanian

Setelah habis pengajiannya beliau pun terus berlatih menurut latihan orang-orang dalam tarikat shufiyah. Beliau menghindarkan dirinya dari segala keperluan dan keseronokan hidup kecuali yang paling perlu untuk kehidupan. Beliau gunakan masa dan tenaganya untuk bersembahyang dan membaca al-Quran. Beliau sembahyang subuh kadang-kadang dengan wudhu sembahyang isyak. Kadang-kadang beliau tamat membaca seluruh al-Quran itu dalam masa satu malam sahaja. Dalam tempoh latihan ini beliau menghindarkan dirinya dari manusia dan tidak mahu bertemu dan bercakap dengan sesiapa pun. Jika ia bersiar-siar keluar, ia pergi kepadang pasir seorang diri.

Akhirnya beliau meninggalkan Bagdad dan tinggal di Shustar, satu tempat yang jauhnya 12 hari perjalanan dari Bagdad. Selama 11 tahun beliau mengasingkan dirinya dari dunia. Ramai jin datang berguru kepadanya. Setelah genap sebelas tahun itu, maka latihan kerohanian beliau pun tamatlah. Beliau pun menerima apa yang dikatakan ‘nur’. Nafsu kebinatangan atau nafsu amarahnya pun kosong dari jiwanya dan beliau naik keperingkat yang lebih tinggi dalam kerohanian. Beliau pun berada hampir dengan Allah.

 

Guru kepada orang ramai

Sheikh Abdul Qadir telah lulus ujian-ujian kerohanian itu, selepas itu jika beliau bercakap atau menasehati seseorang, maka beliau berbuat demikian bukan dari bidang kebijaksanaan akal sahaja lagi tetapi adalah dari bidang kerohanian – bidang kesedaran dan perwujudan diri. Pada masa itu keadaan umat Islam dalam mematuhi agama mereka telah merosot sekali, ummat Islam tidak memperdulikan agama mereka lagi. Memandangkan hal inilah timbul satu pandangan pada beliau.

Pada satu hari Jumaat dalam tahun 511 Hijriah, Sheikh Abdul Qadir memandang dalam batinnya bahawa ia seolah-olah sedang berjalan disatu lorong di Bagdad. Sedang berjalan itu beliau nampak seorang yang kurus dan sakit berada ditepi jalan dan orang itu mengucapkan salam kepada beliau. Beliau jawab salam orang itu. Orang yang kurus dan sakit itu pun meminta beliau tolongkan ia hendak berdiri. Lalu Sheikh itupun menolongnya berdiri. Setelah ia tegak, orang itu dengan tidak semena-mena menjadi bertambah besar dan gagah rupanya. Sheikh itupun berasa takut dengan keadaan itu tetapi orang itupun mententeramkannya sambil berkata, “Aku ini ialah agama nenek moyangmu. Aku telah jadi sakit dan tidak berdaya, tetapi Allah telah menguatkan aku kembali melalui pertolongan mu” Ini berlaku pada petang beliau menemui orang ramai di masjid. Setelah lama kemudian orang ramai pun memberi beliau gelaran muhyiddin (bererti penghidup agama).

Sungguhpun beliau telah mengeluarkan dirinya dari pengasingannya tetapi tidaklah beliau bersyarah dihadapan khalayak ramai lagi. Selama 11 tahun lagi beliau tinggal dipenjuru bandar itu dan terus melakukan ibadatnya dan berlatih untuk mendapatkan tambahan nur kebatinan dalam hatinya.

Kira-kira dalam tahun 521 hijriyah barulah beliau mengajar orang ramai. Dia diberi satu madrasah untuk mengajar. Ilmu batinnya telah cukup untuk melengkapi dirinya. Pada mulanya sedikit sahaja murid beliau. Lama kelamaan masyurlah beliau sebagai seorang yang bijak, alim, warak, soleh, mempunyai ilmu yang dalam dan tinggi dan kuat berpegang kepada syariat. Ramailah orang yang datang mengunjungi beliau untuk memetik ilmu-ilmu yang berharga dan bernilai tinggi daripadanya.

Lama kelamaan madrasah itupun tidak mencukupi untuk menampung orang yang ramai itu. Dalam tahun 528 Hijriyah rumah-rumah yang berjiran itupun diambil untuk menampung murid-murid beliau. Inipun tidak cukup. Pada tiap-tiap pagi Rabu beliau bersyarah diatas pentas untuk bersyarah kepada orang ramai. Ini pun telah jadi sempit. Maka diadakan pula tempat diluar bandar itu dan disitu dibina satu bangunan untuk beliau dan ini digelar Musafir Khaanah.

Biasanya beliau memberi syarahan tiga kali seminggu. Di Adgah pada pagi Jumaat, di Madrasah pada malam Selasa , dan Musafir Khaanah pada pagi Rabu. Berbagai-bagai manusia datang belajar kepada beliau tentang berbagai-bagai ilmu. Kaum shufi dan kaum fekah, sarjana, orang-orang kaya, pegawai-pegawai tinggi, pemerintah / khalifah, jin, malaikat, roh nabi-nabi, dan rijalul ghaib (hamba Allah yang terbang di udara dan tinggal di gunung Kaf dan jauh dari tempat tinggal manusia). Bahkan orang-orang bukan Islam pun ada yang mendengar pengajarannya dan banyak yang masuk Islam ditangan beliau. Selepas memberi tiap-tiap syarahan, beberapa orang Yahudi dan Kristian masuk ugama Islam. Dengan cara ini lebih kurang 500 orang Yahudi dan Kristian yang masuk Islam, dan beribu-ribu orang Islam yang menyamun, merompak berzina, berjudi dan melakukan berbagai-bagai maksiat dan dosa bertaubat selepas mendengar syarahan beliau itu dan menukar keadaan mereka yang buruk itu kepada yang baik dan diredhai Allah. Demikianlah betapa kuatnya kekuatan kerohanian disebalik syarahan-syarahan beliau itu.

Dengan kebesaran jiwanya itu beliau ditakuti dan dihormati oleh orang-orang besar dimasa itu. Orang yang berjiwa besar demikian ini bukanlah dengan kehendak mereka sendiri berbuat demikian, tetapi adalah kehendak Allah jua. Mereka menyerahkan diri mereka seluruhnya kepada Allah. Mereka tidak menuju sesuatu melainkan dengan gerak dari Allah jua. Syarahan mereka itu bukan perbuatan mereka sendiri tetapi adalah perbuatan Allah jua dan mereka tidak perlu bersedia terlebih dahulu. Persediaan untuk bersyarah itu disediakan oleh Allah sendiri dan ilham untuk bersyarah itu datang langsung dari Allah SWT apabila mereka bercakap, mereka bercakap dengan kehendak Allah. Itulah sebabnya syarahan mereka itu penuh dengan kekuatan dan kekeramatan.

 

Keluarga dan rumah tangga beliau.

Sebelum tahun 521 hijriyah iaitu umur beliau 51 tahun tidaklah beliau menunjukkan dirinya kepada orang ramai dan tidak berfikir hendak kahwin. Setelah beliau berumur 51 tahun hasil bercampur dengan orang ramai dan juga kerana hendak menurut sunnah nabi Muhammad SAW beliau pun berkahwin dan mempunyai 4 orang isteri. Semua isteri beliau ini menjadi isteri yang baik dan taat kepada beliau. Beliau mempunyai 49 orang anak. Lelaki seramai 27 orang dan perempuan 22 orang.

Empat orang anak beliau menjadi terkenal kerana pelajaran dan ilmunya.

  1.   Sheikh Abdul Wahab – anak yang sulung – menguasai ilmu yang luas dan dalam. Beliau diberi kuasa menjaga madrasah bapanya dalam tahun 543 hijriyah. Setelah bapanya meninggal dunia, beliau pula memberi syarahan dan memberi fatwa tentang syariat islam. Beliau memegang jawatan dalam negeri dan seorang yang sangat terkenal.
  2.   Sheikh Isa – guru hadis dan fukaha agung. Beliau juga mengarang puisi, beliau juga seorang pensyarah yang baik dan menulis kitab-kitab keshufian beliau tinggal dan meninggal dunia di Mesir.
  3.   Sheikh Abdul Razak – seorang ulama dan hafiz hadis. Seperti bapanya beliau termasyur dengan lurus dan benarnya. Beliau juga seperti bapanya tentang kesufiannya dan terkenal di Bagdad.
  4.   Sheikh Musa – ulama yang ulung. Pindah ke Damsyik dimana ia meninggal dunia.

Melalui Syeikh Isa iaitu nombor 2 diatas , 78 syarahan bapanya dalam buku ini sampai kepada kita. Abdul Wahab iaitu nombor 1 diatas, adalah sumber dua syarahan yang terakhir. Beliau ada hadhir tatkala bapanya terbaring sebelum kembali kerahmat Allah. Nombor 4 iaitu Sheikh Musa ada dinyatakan diakhir buku ini dalam syarahan 79 dan 80. Dalam dua syarahan terakhir itu ada disebutkan 2 orang anak Sheikh tersebut yang ada hadhir tatkala bapanya meninggal dunia iaitu Abdul Razak dan Abdul Aziz.

 

Pekerjaan biasa 

Seperti yang kita ketahui wali Allah ini memberi syarahan kepada orang ramai 3 kali seminggu. Disamping itu, tiap-tiap hari, pagi dan petang beliau mengajar tafsir, hadis dan hukum-hukum agama dan perkara-perkara yang bersangkutan. Selepas sembahyang zohor beliau menyampaikan petua mengenai soal-soal hukum yang dikemukakan kepada beliau dari seluruh dunia. Tiap-tiap petang sebelum maghrib beliau membahagi-bahagikan roti kepada orang miskin. Selepas sembahyang asar beliau duduk menanti waktu berbuka puasa kerana biasanya berpuasa disiang hari sepanjang tahun. Sebelum makan beliau akan memanggil jiran beliau siapa yang hendak makan bersama beliau.

Selepas sembahyang Isyak beliau pun pergi ke kamarnya dan menggunakan sebahagian besarnya pada malam itu dengan ibadat kepada Allah seperti yang dikehendaki oleh al Quran. Oleh itu, sebagaimana pengikut nabi yang sebenarnya beliau berkhidmat kepada manusia sepanjang hari dan kepada Allah sebahagian besar dari malam hari.

 

Pusaka beliau

Setelah wafat wali Allah ini, maka anak-anaknya dan murid-muridnya menubuhkan satu pertubuhan yang tujuannya menanam ruh keislaman yang tulin dan membetulkan pengajaran Islam dikalangan manusia. Ini dinamai tarikat Qadiriyah yang terkenal dengan teguhnya memegang syariat Islam hingga hari ini. Ini telah memberi jasa yang besar dalam Islam dan ilmu kebatinan dalam Islam. Antara pengajaran dan nasehat beliau yang masyur itu ada tiga diseluruh dunia. Yang paling agung ialah Futuhul Ghaib.

Kitab-kitabnya yang terkenal:

  • Al-Fath ar-Rabbani
  • Jala’ al-Khawathir
  • Sirr al-Asrar
  • Asror Al Asror
  •  al Ghunyah Li Thalibi Thariqil Haq,

 

Kesimpulannya.

Syaikh Abdul Qadir Jilani dibesarkan dengan baik. Beliau merupaka seorang yang alim, jujur, ikhlas dan benar. Kesemua nilai-nilai ini menjadi simbol kepada Tareqat Qadariah yang terus menerus berkembang hasil usaha dari pengesasnya iaitu Syaikh Abdul Qadir Jilani dan tareqat ini berdasarkan pengalaman peribadi beliau tentang Islam, Iman, dan Ihsan. Ini akan mengajar kita tentang Ikhlas, Wara’ , Zuhud, Taqwa, penyerahan diri sendiri, ketabahan, kehambaan kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan, menghayati kitab syariah, membersihkan hati daripada perkara yang memusnahkannya, membersihkan kata-kata, sentiasa membuat suruhan Allah atas sebab untuk mencari keredhaannya, bersungguh-sungguh dalam menentang kehendak nafsu, dan mengamalkan perbuatan yang mulia.

Kesemua cara ini disuruh oleh Abdul Qadir, dimana beliau adalah pendokong jalan Tasawuf yang bermakna juga beliau merupakan seorang pengajar. Didalam kitabnya, Abdul Qadir menggunakan perubahan dalam menyampaikan perbezaan hamba dan kehendak nafsu.

 

maqm abdul kadir

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia