Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Cara Menajamkan Deria ke-6

Geometry of the Soul series two. Arrangement of human profile and abstract elements on the subject of spirituality science creativity and human mind

 

Saya tidak akan menceritakan panjang lebar tentang apa itu pancaindera ke-6, kerana saya percaya iaitu kebanyakan dari kita sudah tahu dan faham apa itu indera ke-6. Di sini saya hanya ingin menceritakan tentang bagaimana untuk mempertajam dan memanfaatkan indera tersebut. Semua manusia mempunyai indera ke-6, cuma yang menjadi masalahnya ialah kebanyakan kita tidak peka dan tidak memanfaatkannya dengan sebaiknya. 

Cara untuk mempertajam indera ke-6

  1. Kita harus sedar bahawa semua manusia mempunyai indera ini, yang penting sekarang ialah untuk mengaktifkan/mempertajamkannya sahaja
  2. Untuk proses mempertajam atau melatih indera ini, kita perlu pada keadaan yang tenang
  3. Bila fikiran dan hati sudah tenang, anda boleh TANYAKAN sebarang persoalan yang anda hadapi dan inginkan jawapannya. Soalan itu anda tanyakan kepada diri anda sendiri (seperti bercakap di dalam hati). Untuk ini, anda harus buangkan prasangka negatif seperti tidak yakin atau tidak percaya akan kebolehan indera ke-6 anda. Perkataan tenang bermaksud anda harus tenang dan berfikiran positif. Jika anda mempunyai emosi tertentu/negatif, ada kemungkinan jawapan yang and terima bukanlah jawapan yang betul tetapi ianya hanya dipengaruhi oleh kecenderungan emosi anda! 
  4. Setelah itu, anda hanya perlu tunggu akan ‘jawapan’ yang akan bakal anda terima. Jawapan kepada soalan anda akan datang di dalam bermacam-macam cara; misalnya jawapan itu datang di dalam bentuk rasa, gambaran, semacam suara, simbol, datang dalam mimpi dan sebagainya. Anda tidak harus mempunyai perasaan mendesak untuk mendapatkan jawapan – biarkan sahaja dan kadang-kala jawapan itu akan datang dengan tidak semena-mena..seperti tiba-tiba sahaja anda terlintas atau mendapat idea atau jawapan yang sebelum ini anda tidak terfikir sama-sekali! Setiap orang mungkin mempunyai cara jawapan yang berbeza-beza; misalnya ada orang senderung untuk mendapat jawapan melalui mimpi, ada orang yang cenderung mendapat jawapan atau idea yang tidak semena-mena, dan sebagainya.
  5. Kaji masej yang anda terima dan selaraskan dengan masej yang lain. Seperti yang disebutkan pada no. 4, anda mungkin akan menerima jawapan atau mesej di dalam beberapa cara seperti kedatangan ilham, rasa, mimpi dan sebagainya. Sekarang, cuba anda selaraskan di antara masej-masej tersebut – adakah ianya mempunyai pengertian atau jawapan yang sama kepada persoalan yang telah anda tanyakan?. Jika ya, maka ada kemungkinan besar bahawa masej yang anda terima adlah benar dan anda boleh gunakannya untuk panduan anda. 

Untuk tujuan ‘keselamatan’, anda jangan mengunakan masej/intuitif/jawapan yang anda terima itu dengan sewenang-wenangnya. Misalnya, anda menerima ‘masej’ yang staff anda telah melakukan sesuatu yang menyalahi atau melakukan sesuatu yang tidak betul, lalu anda bertindak semborono dengan memangil dan bertanyakan dan menyalahkan beliau. kalau anda bertindak begitu, anda sendiri yang terperangkap kerana – anda tidak mempunyai sebarang bukti !. Apa yang boleh anda buat dengan jawapan/masej yang anda terima itu jadikan ianya sebagai sumber maklumat untuk diri anda sendiri sahaja dan jika intuitif anda merasakan ianya kuat, lalu anda boleh membuat selidik yang lebih lanjut untuk menguji kebenaran tersebut.

Seperti apa juga bidang kemahiran, untuk menjadi mahir anda mestilah melakukan latihan yang banyak dan tetap. Lakukan latihan setiap hari untuk mengasah atau mengaktifkan deria 6 anda. Misalnya anda boleh cuba latihan ini:

  • Setiap kali anda menerima panggilan telepon, jangan terus jawap dan lihat pada talipon bimbit anda siapa yang menalipon, sebaliknya cuba teka dalam deria 6 anda – siapakah agaknya yang menalipon itu? Lakukan latihan ini selalu dan lihat adakah tekaan anda benar atau berapa peratuskan tekaan anda benar?
  • Jika anda menerima surat, sebelum buka – cuba teka apakah agak-agaknya isi kandungannya (bagi sesetengah surat, memang kita boleh teka dengan tepat apakah isi kandungannya, misalnya kita terlewat membayar bil kenderaan anda dan selepas itu anda terima surat dari bank anda – maka sudah tentu ada dapat teka apa isi kandungan surat tersebut kan?. Oleh itu untuk tujuan ini, cuba teka isi kandungan surat yang memang anda tidak tahu apakah isinya).
  • Meneka duit syiling; anda mempunyai beberapa duit syiling di dalam poket anda – cuba pegang satu dan teka berapakah nilai duit tersebut. Ambil keluar dan lihat adakah tekaan anda betul?
  • Atau anda boleh melakukan apa-apa latihan yang seumpamanya yang anda fikirkan sesuai

Atau anda boleh juga melakukan latihan seperti ini; misalnya anda ingin bertemu dengan seseorang yang anda belum kenal atau baru kenal, lalu duduk dengan tenang dan minta pertolongan dari Allah untuk memberi apa-apa petunjuk yang boleh digunakan. Anda haruslah duduk dengan tenang, bernafas dengan tenang dan perlahan sehingga fikiran anda mencapai tahap alpha. Setelah itu, cubalah menangkap apa-apa signal yang mungkin anda terima sebagi panduan anda.

Di dalam penerimaan signal/masej, ianya berbeza bagi setiap orang. Ianya mungkin bergantung kepada jenis kepekaan seseorang. Sesetengah orang lebih peka kepada penglihatan – maka mereka mungkin akan mendapat signal berbentuk gambar atau simbol. Orang yang peka kepada pendengaran – mungkin akan menerima signal di dalam bentuk suara atau bisikan. Orang peka kepada perasaan – mungkin akan menerima signal di dalam bentuk perasaan/intuitif. Atau, mungkin juga anda dengan secara tiba-tiba sahaja menerima sesuatu idea atau ilham yang mana anda dapati ilham atau idea tersebut cukup solid yang anda tidak terfikir sebelumnya.

Latihan yang berterusan dan tetap akan menjadikan anda semakin mahir. Anda juga semakin boleh mempercayai apa-apa signal atau masej yang anda terima untuk panduan anda sendiri.

Panduan istilah:

Apa yang dimaksudkan dengan perkataan tenang ialah merujuk kepada keadaan gelobang otak semasa tahap alpha. Kategori gelombnag otak ditentukan oleh cetusan/frekuensi gelombang elektokimia di dalam otak. Semakin kita sedang giat berfikir, maka gelombang frekuensi semakin kuat dan begitulah sebaliknya. Otak kita mempunyai beberapa gelombang seperti berikut:

  1. Beta (15-30Hz) – Tahap sedar
    • Frekuensi ini adalah frekuensi otak semasa kita sedang berada pada tahap sedar, contohnya sepertimana yang anda sekarang sedang membaca atrikel ini ketika ini. Pada tahap ini, kita akan memikirkan dan membuat analisa kepada sesuatu perkara berdasarkan apa yang mata kita nampak, apa yang kita rasa dan sebagainya. dengan kata lain, semua aktivi yang kita buat adalah secara sedar. 
  2. Alpha (9-14Hz) – Bawah sedar
    • Pada tahap ini, gelombang otak telah menurun daripada tahap sebelumnya iaitu dari tahap Beta, iaitu pada tahap tenang, asyik dan fokus. Pada tahap ini, biasanya kita bukan sedang memikirkan sesuatu yang serius, tetapi tenang dan santai – seolah-olah sedang melayan fikiran. Oleh sebab itu, pada tahap ini baik untuk belajar. Pada tahap ini, kita kurang menggunakan logik atau membuat analisa dan menerima sahaja setiap idea/arahan dari luar.
  3. Theta (4-8hz) – Bawah sedar
    • Pada tahap ini, frekuensi turun lagi kepada tahap 4-8 Hz; ianya boleh disebutkan sebagai suatu tahap begitu asyik atau kyusyuk (khusyuk dalam solat seharusnya berada pada tahap ini). Oleh sebab itu, jika seseorang sembahyang dengan sangat kusyuk mereka akan berasa sangat tenang, sehinggakan pada suatu tahap boleh menjadi tidak sedar apa yang berlaku, sepertimana kisah seorang sahabat nabi yang dipanah semasa solat tetapi tidak merasa apa-apa!. Begitu khusyuk dan asyik hanya kepada sembahyang atau mengingati Allah sahaja.    
  4. Delta (1-3Hz) – Tidak sedar
    • Pada tahap ini, tahap otak sudah mencapai tahap frekuensi yang sangat rendah atau tahap tidur. Tahap tidur ini adalah tahap tidur yang cukup lena sehingga kita tidak tahu apa yang berlaku (orang kita cakap tidur mati). Sebenarya tahap tidur juga ada tahap-tahap yang berbeza, dan tahap ini adalah tahap cukup lena. Oleh itu, jika dapat tidur pada tahap ini walaupun hanya 10 minit, selepas itu kita jaga dan merasa cukup segar.

Apa yang kita perlukan untuk latihan bagi tujuan mempertajamkan deria 6 ialah kita meletakan tahap otak kepada tahap Aplha. Kalau boleh capai tahap Alpha-Theta lagi baik. Ini kerana pada tahap itu, kita sudah mengurangkan kebergantungan kita kepada minda sedar yang didasarkan kepada logik tetapi lebih kepada suatu keadaan menerima tanpa banyak soal.  

Kenapa kita tidak perlukan kepada logik (atau keadaan minda sedar/Beta) untuk latihan ini? Sebab akal logik kita juga terbatas kemampuannya, sedangkan Minda Bawah Sedar adalah tidak terbatas. Sebagai contoh; minda sedar/beta seumpama negara yang mengamalkan dasar tertutup – mereka hanya dapat maklumat hanya dari sumber negara mereka sahaja. Sedangkan Minda Bawah Sedar pula seumpama negara yang mengamalkan pintu terbuka – oleh itu semua maklumat dari seluruh dunia boleh masuk tanpa sebarang halangan.

Bagi kita yang beragama Islam, amalan solat dengan tenang selama 5 kali sehari adalah boleh dijadikan latihan yang cukup hebat. Lakukan solat dan usahakan untuk mencapai tahap Theta semasa solat. Kita boleh perhatikan sendiri; jika kita solat dengan tenang dan khusyuk, maka kita akan berasa tenang, berbanding jika kita solat secara gopoh gapah.

Latihan mempertajam indera 6 adalah sangat baik dan banyak memberikan kelebihan. Kita selalu dengar ada orang-orang alim yang ilmunya atau firasatnya tepat. Ini mungkin kerana mereka selalu mencapai tahap khusyuk di dalam sembahyang dan di luar sembahyang pun mereka selalu zikir, malah ditambah pula dengan amalan-amalan yang lain seperti sembahyang sunat tengah malam dan sebagainya.

 

Kelebihan indera 6

Jika kita sudah mempertajamkan indera 6, maka kita akan dapat banyak kelebihan dan di antaranya seperti berikut:

  • Dapat membaca fikiran orang lain
  • Dapat menghantar fikiran kepada orang lain
  • Kadang-kadang dapat menjangkakan apa yang terjadi
  • Dapat menerima idea/pedoman kepada sebarang jawapan atau masalah
  • Dapat belajar sesuatu dengan lebih mudah
  • Didatangi idea yang tidak semena-mena
  • Dapat menjangkakan niat hati seseorang (baik/buruk)
  • Dan banyak lagi…

Bagaimana mengunakan minda bawah sedar untuk kehidupan seharian?

Salah satu manfaat minda bawah sedar ialah kita boleh mengunakannya untuk mendapatkan jawapan / idea kepada permasalahan / persoalan yang sedang kita hadapi di dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh; anda mempunyai suatu tugasan di pejabat yang harus diselesaikan pada ke-esokan hari, tetapi anda tidak mempunyai sebarang idea untuk menyelesaikan masalah tersebut dan anda memang buntu.

Untuk mengatasinya anda boleh cuba begini; sebelum tidur, anda bagi tahu kepada minda bawah sedar anda supaya mencarikan jawapan dan pada ke-esokan pagi anda harus mendapat jawapan / idea tersebut. Selepas itu, anda jangan fikir apa-apa lagi dan biarkan sahaja minda bawah sedar anda bekerja untuk anda. Anda tidurlah dengan tenang dan nyenyak. 

Harus difahami iaitu minda bawah sedar tidak pernah tidur !. Di saat kita tidur lena, minda bawah sedar masih terus bekerja untuk mencarikan jawapan kepada persoalan yang kita berikan kepadanya. Cuba amalkan latihan ini, dan tidak mustahil pada ke-esokan harinya anda akan mendapat sesuatu idea yang sangat bagus yang mana anda sendiri merasa hairan bagaimana anda tidak pernah terfikir idea tersebut sebelum ini. Jika anda tidak berjaya untuk kali pertama jangan terus mengalah. Ini kerana sepertimana kemahiran yang lain, kemahiran ini juga memerlukan latihan.

 

Kesimpulan  

Kita selalu dengar istilah yang mengatakan kebanyakan manusia hanya menggunakan 10% daripada keupayaan minda mereka. 10% itu adalah minda sedar dan 90% lagi adalah minda tidak sedar (termasuklah apa yang kita bincangkan ini). Cuba bayangkan jika seseorang itu boleh meningkatkan keupayaan minda mereka kepada tahap yang lebih tinggi?. Saya percaya bahawa orang-orang yang pintar atau genious itu sebenarnya mereka telah banyak menggunakan minda bawah sedar mereka. Minda Sedar adalah terhad, manakala Minda Bawah Sedar adalah tidak terhad. Minda Sedar boleh dipaksa (seperti berfikir dengan serious untuk mencari sesuatu jawapan), tetapi Minda Bawah Sedar tidak boleh dipaksa tetapi boleh diminta (untuk mendapatkan ilham/pedoman/idea/dan sebagainya).

Sepertimana ilmu yang lain, kita boleh menggunakannya sama ada untuk kebaikan atau untuk keburukan. Ianya bergantung kepada anda sendiri. Bagi kita yang mempunyai kepercayaan kepada agama, setiap perbuatan baik dan buruk kita percaya akan diterima balasan sesuai dengan apa yang kita buat. Oleh itu, sebarang ilmu atau kelebihan gunalah untuk kebaikan.

Sumber: http://www.plenty-tips.com

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia