Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Mengenai Ruh

10940430_1575503762661284_1463541571289989271_n

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Seorang yang Beragama mahu pun Athies (tidak percaya kewujudan Tuhan) tidak akan dapat mengingkari hal kewujudan manusia yang terdiri dari dua unsur ini. Golongan Aties percaya bahawa manusia telah wujud dengan sendirinya seperti teori Evolusi (Darwinisme) sedangkan golongan Beragama (Agama Samawi- Islam, Kristian dan Yahudi) mempercayai bahawa”tidak akan terwujud sesuatu melainkan telah dicipta oleh penciptanya sebelum itu”.
 
Contoh mudah ialah, Komputer atau kereta tidak akan terjadi dengan sendirinya melainkan dicipta terlebih dahulu. Tanpa elektrik dan minyak pembakar komputer dan kereta tidak akan dapat digunakan. Penciptaan Manusia Asal kejadian manusia adalah dari tanah yang kering kemudian dimasukkan Roh, sebab itu kita katakan mengapa manusia terdiri dua unsur iaitu tanah dan roh yang dicipta sendiri oleh Allah swt. Hal ini juga menunjukkan kepada kita akan kewujudan dua alam terdekat yang saling berkait iaitu alam Nyata dan alam Ghaib sebagaimana keberadaan tubuh manusia itu sendiri.
 
Dalam kitabullah (Al-Qur’an al-Karim) telah menggambarkan kepada kita tentang bermulanya penciptaan Manusia (Nabi Adam a.s.), “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya Roh (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud” (Al-Hijr : 15:28-29).
 
Perbezaan JIWA dan ROH Ramai orang yang mengatakan bahawa nur (Aura) yang bersinar dengan pelbagai warna keluar dalam tubuh badan adalah aura dari Roh itu sendiri. Hingga hari ini kita telah pun dapat lihat dengan kamera khusus bentuk aliran pancaran aura pada tubuh badan manusia. Lalu kita katakan itulah sinar dari ROH yang powernya telah diaktifkan. Benarkah ia (Aura) tersebut terpancar dari ROH?.
 
 Dalam hal ini kami paparkan dua pendapat: Pertama: Dalam Kitab Ihya’ Ulumuddin, Bab Ajaibul Qulub, Imam Al-Ghazali mengatakan, “bahkan ulama-ulama yang masyhur sekarang ini (zaman Imam Al-Ghazali) banyak yang tidak mengerti hal ini”. Itu pada zaman Imam Al Ghazali. Berapa ratus tahun yang lalu. Apatah lagi sekarang? Kebanyakan orang keliru pengertiannya antara Jiwa dengan Roh.
 
Padahal jelas-jelas dalam Al Qur’an, Allah swt membezakan penggunaan kata Ar-Ruh (Roh) dengan An-Nafs (Jiwa). Sedangkan perasaan jiwa gelora, kegundahan, keresahan dan lain-lain itu menurut Al-Quran adalah pengaruh dari NAFS (jiwa) bukan dari Roh. Nafsu sendiri tingkatannya ada 7 yaitu nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu malhamah, nafsu muthmainnah, nafsu radiah, Nafsu Mardhiyah dan nafsu kamaliah.
 
Secara harfiah (mudah) jasad manusia memiliki ROH itulah nyawa atau Sirruh Hayah (Hayat yang tersembunyi). Menurut Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali lagi, bahawa Roh itu tidak dapat dipastikan rupa bentuknya dan di mana ia menempati tubuh pun tidak lah diketahui. Kerana urusan Roh ini adalah urusan Allah swt sebagaimana firmannya: Yang bermaksud: “Mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang Roh. Hendaklah engkau katakan kepada mereka, ‘Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku’…” (Al Israk: 85).
 
Lagi pun Roh itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada-Nya jua sebagaimana firmannya “Sesungguhnya aku datang dari Tuhan ku dan kepada-Nya jua tempat aku kembali”  (Al-Baqarah : 156)
 
Kedua: Dinisbahkan dari perkataan Imam Malik r.a., bahawa beliau berkata “Roh manusia itu sama saja bentuknya dengan jasad lahirnya.” Kalau diambil ijtihad Imam Malik r.a. itu, ertinya rupa Roh kita ialah seperti rupa bentuk badan lahir kita. Ini juga memberi erti bahawa walaupun Allah swt berkata Roh itu adalah urusan-Nya, iaitu hakikat Roh itu Allah saja yang tahu dan makhluk lain tidak mengetahuinya, tetapi tidak pula ada larangan dari Allah swt kalau ada sesiapa yang ingin berijtihad untuk mengkajinya.
 
Pendapat Imam Malik r.a. ini agak munasabah (masuk akal), boleh diterima dan agak rasional. Contohnya kita bermimpi melihat seseorang yang kita tidak pernah jumpa atau dengan orang yang pernah kita jumpa sama ada yang masih hidup mahu pun sudah mati. Apa yang kita lihat dalam mimpi itu serupa dengan bentuk lahir orang tersebut. Sedangkan orang yang kita lihat dalam mimpi itu rohnya, bukan orangnya. Mungkin waktu itu orang tersebut berada di rumah atau telah berada di alam Barzakh.
 
Hal ini juga menjadi hujjah mengapa berjumpa Rasulullah saw secara jaga (Yakazah setelah matinya) dengan melihat rupa bentuknya dalam mimpi diterima oleh Islam kerana sabit dari Hadis Rasulullah saw sendiri bahawa sesiapa yang melihatnya dalam mimpi maka mimpinya itu adalah benar dan Syaitan tidak akan mampu menyamar menyerupakan diri sebagai beliau.
 
Contoh lain, Rasulullah saw sewaktu diisrak dan dimikrajkan telah ditemukan dengan roh para rasul dan para nabi. Rasulullah saw lihat mereka seperti melihat jasad-jasad mereka. Ini juga merupakan bukti yang rasional bahawa roh seseorang itu sama rupanya dengan bentuk jasadnya.
 
Kesimpulan Yang Terang Setelah dikaji dalam kitab-kitab Islam, didapati ada bermacam-macam nama atau istilah roh yang diberi oleh ulama. Bahkan dalam Al-Quran kalau kita lihat ada bermacam-macam nama. Antara yang terkenal ialah roh. Adakalanya ia dipanggil dengan qalbun – hati, fuaadun – hati sanubari, latifatur-rabbaniah atau ruhul amri. Pada orang Melayu ia juga dipanggil hati, nyawa, jiwa, kalbu, hati nurani atau hati sanubari.
 
Tetapi yang terkenalnya adalah roh saja. Roh yang sedang kita perkatakan ini, kalau dia berperasaan seperti sedih, gembira, senang, terhibur, marah atau sebagainya, maka ia dipanggil dengan roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak, berkeinginan atau merangsang baik sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal ataupun yang haram, di waktu itu ia tidak dipanggil roh, hati atau nyawa lagi. Tetapi ia dipanggil nafsu. Kalau di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik, maka ia dipanggil akal.
 
Kalau begitulah huraiannya, maka nafsu, roh atau akal itu hakikatnya adalah satu. Ia dipanggil akal di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik. . Bila mana berkaitan dengan perasaan,
ia tidak dipanggil akal lagi, sebaliknya ia dipanggil roh atau jiwa. Tetapi waktu ia berkehendak, berkemahuan atau merangsang baik sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal atau pun yang haram, di waktu itu ia dipanggil nafsu.

Jasad ketiadaan ruh berkeadaan diam dan tidak beroperasi. Apabila ruh menempati didalam jasad, maka jasad akan hidup dan beroperasi. ikatan jasad dengan ruh dipanggil nyawa.
 
 Kesimpulan dari perbahasan ialah ruh adalah unsur tenaga yang bersifat halus dan seni yang tidak akan binasa. Yang mana terkumpul di dalamnya terdiri dari nyawa (ikatan ujud ruh dengan jasad), akal (berfikir), jiwa (merasai suka-duka dan susah-senang) dan nafsu (keinginan kepada baik atau buruk).

والله أعلمُ بالـصـواب

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia