Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Menyingkap Misteri Makhluk Ufo

 

top-10-ufo-sightings

 

Perbicaraan mengenai makhluk ufo memang tidak akan kunjung selesai. Ini disebabkan kerana tidak ada bukti yang sahih lagi ilmiah. Tidak kurang pula orang yang tidak mempercayai kewujudan makhluk yang cerdas ini.

Ada pepatah melayu yang berbunyi,”Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata”. “Kalau tiada angin masakan pohon akan bergoyang”. Sudah berpuluh ribu kes penampakan kapal piring terbang hampir dari semua belahan dunia, penculikan oleh alien,  bertemu alien dan imej alien ufo

Disini saya cuba mengutarakan pendapat dan hujah agar dapat meluaskan lagi skop perbincangan topik ufo ini agar dapat kita kongsikan

Pertanyaan yang sering diajukan;

  • Makhluk ufo jin atau manusia?
  • Dari manakah mereka datang?
  • Adakah dari dimensi lain?
  • Adakah dari luar angkasa?
  • Mengapa menculik manusia dan haiwan?
  • Mengapa tidak menakluki bumi?
  • Di manakah pengkalannya dibumi?
  • Mengapa mempunyai kecepatan yang luarbiasa?
  • Apakah mereka itu baik atau jahat?
  • Apa tujuan mereka terhadap manusia?

 

Alien UFO saucer

 

 

makhluk ufo jin atau manusia dan apa dimensinya?

Di alam ini Allah hanya menjadikan 3 jenis makhluk yang cerdas dijadikan untuk taat dan beribadah kepada Allah yaitu;malaikat, jin dan manusia yang telah termaktub di dalam Al-quran.

Didalam Surah Al-Imran (Surah 3 ayat 83)  ada menyebutkan tentang makhluk yang ada dilangit itu adalah para malaikat yang suci lagi taat.

Malaikat ialah hamba yang dijadikan oleh  daripada cahaya, suci,taat terpelihara daripada maksiat dan hanya menjalankan perintah Allah.

Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum.

Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah.

Jin merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta daripada api. Mereka seperti juga manusia berjantina, bersuami atau beristeri, beribu atau berbapa dan beranak.

Mempunyai tamadun, pemerintahan, teknologi, politik dan agama. Terdapat banyak bangsa dan suku dikalangan makhluk jin. Berbagai gaya rupa yang pelik dan aneh. Lain bangsa jin lain pula rupa dan makanannya.

Bukan semua jin itu mempunyai tamadun ada juga yang tidak bermasyarakat bebas liar yang dipanggil hantu seperti pontianak, pelesit, polong, jembalang dan sebagainya

Kejadian asal mula jin dijadikan daripada api. Walaupun jin dijadikan dari unsur api, tetapi ada kategorinya.

Unsur makhluk halus terbahagi kepada 3 kategori;

  1. Jin api asli, tiada campuran terdiri dari iblis, syaitan, ifrit, jin kafir dan islam.
  2. Jin campuran (kacukan jin dan bunian) terdiri dari dewa, alien ufo
  3. Asal manusia yang tinggal di dimensi ghaib. Makhluk halimunan iaitu bunian atau merkayangan(Indonesia) dan elf(Eropah). Kejadian ini bermula semasa zaman nabi Sulaiman a.s

 

planet

 

 

Adakah dari luar angkasa

Radar kita tidak pernah mendeteksi adanya kapal angkasa yang keluar-masuk atmosfera bumi. Planet venus adalah planet yang  sangat panas suhunya 460 darjah Celsius, mustahil dapat diduduki oleh makhluk yang hidup.

Dari tinjauan pemerhati planet venus  tiada berpenghuni maupun tumbuhan.

Planet marikh pula hasil dari pemerhatian misi penjelajahan tiada menemukan apa-apa kehidupan atau tamadun atau kesan kehidupan disana. Jarak diantara planet bumi dan planet marikh ialah 225 juta km.

Satu jarak yang melelahkan untuk di ulang-alik,walaupun dengan kenderaan berkelajuan cahaya.

 

ufo

 

 

Mengapa menculik manusia dan haiwan?

Alien ufo adalah satu kelompok jin yang mempunyai teknologi sains(saintis) suka mencipta dan membuat kajian. Yang anehnya mereka tidak suka bergaul dengan makhluk jin, tetapi suka mengkaji dan meniru hal-ehwal manusia nyata.

Mereka juga suka menculik bayi dalam kandungan. Diantara tujuan penculikan itu adalah untuk dibuat kajian genetik,dijadikan bahan kajian, dijadikan hamba, adakalanya dipulangkan semula dan adakala tidak.

Mengapa mereka tidak menakluki bumi?

Hajat mereka memang mahu menakluki bumi. Mereka sangat berminat dengan kehidupan manusia yang unik ini. Tapi bagaimana bisa mereka menakluki bumi kalau berlainan dimensi. Kerana berlainan dimensilah alien ufo sukar untuk menakluki bumi.

Mereka cuba menampakan diri lebih lama. Sebab itu dia suka mengkaji anatomi dan fisiologi manusia. Dan satu lagi halangan alien untuk menakluki bumi kerana masih ada orang-orang beriman kepada Allah s.w.t. Jin tidak akan mampu memudaratkan orang yang bertawakkal dan ikhlas kepada Allah s.w.t.

 

6-perairan-yang-diduga-sebagai-pangkalan-ufo

 

Dimanakah pengkalannya dibumi?

Mereka tinggal disatu kawasan didalam dasar laut, dimana disitu tidak ada daya tarikan kuasa graviti bumi.

Mengapa mempunyai kecepatan yang luarbiasa?

Fenomena UFO dalam penebangan sering diluar hukum graviti dan aerodinamika. Ini kerana jasad jin tidak terikat dengan graviti dan mereka juga kuasai tarikan graviti bumi. Teknologi sains bercampur dengan teknologi mistik tentulah hasilnya memuaskan.

Seperti yang kita tahu Orang yang yang memakai ilmu kebatinan dapat melakukan perkara diluar kemampuan manusia biasa seperti, pergi ke sesuatu tempat yang jauh dalam masa yang singkat, kebal dari besi tajam, dapat mengangkat benda yang berat, ini semua adalah dari bantuan dari makhluk jin. Jadi tidak mustahil kapal piring terbang ufo bergerak seperti kilat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia