Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Merawat Sakit Ginjal

bp1

 

Ginjal bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan ginjal melakukan tugas penting ini boleh mengundang penyakit yang lain seperti gout, kencing manis, darah tinggi, batu karang dan lain-lain lagi.  Kegagalan ginjal juga menyebabkan pesakit boleh menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan.
Sebelum ini mungkin anda tidak tahu bahawa anda sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang pada tahap awal,kerana biasanya anda tidak pernah merasa sakit sama sekali.
Ketika penyakit buah pinggang menyerang, tanda-tanda dan gejala boleh muncul secara bertahap. Kegagalan ginjal terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap kerosakan:- Tahap 1 hingga tahap V. Kegagalan ginjal peringkat akhir berlaku apabila fungsi ginjal berada di tahap ke V

 

Fungsi-fungsi ginjal ialah :

• Membuang bahan perkumuhan seperti urea, asid urik dan air dari badan.
• Mengawal tekanan darah.
• Mengawal asid dalam darah.
• Mengawal mineral di dalam darah.
• Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.
• mengimbangi bahan kimia tubuh

 

Orang yang berisiko mendapat penyakit ginjal?

• Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi
• Jika anda pengidap kencing manis yang tidak terkawal
• Jika kencing anda mengandungi darah dan protien
• Jika anda mempunyai satu sahaja ginjal yang berfungsi
• Jika anda pengidap penyakit sistem keimunan seperti – Systemic Lupus Erythromytosis (SLE)
• Jika anda mempunyai sejarah kerap mengambil ubat sintetk dan penahan sakit.
• Sejarah penyakit ginjal didalam keluarga
• Jika anda pengidap sakit jantung

 

Apakah punca-punca utama kegagalan ginjal.

  1. Kencing manis (Diabetes mellitus) 54%
  2. Radang buah pinggang (Glomerulonephritis)
  3. Hypertensi (tekanan darah tinggi)
  4. Kandungan darah banyak toksik dan zat kimia
  5. Kerap tahan kencing
  6. Lupus (SLE)
  7. Kurang minum air
  8. Suka makan makanan masin
  9. Suka minum minuman bergas.
  10. Kerap kena jangkitan ‘kencing kotor’ (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
  11. Kerap makan daging merah dan Seafood (Tinggi Uric Acid)
  12. Merokok
  13. Obesiti
  14. Alkohol
  15. Kesan ubat – Salah guna atau berlebihan guna ubat. Seperti ubat sintetik atau pain killer.
  16. Jangkitan buah pinggang.
  17. Penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang)

 

Tanda-tanda awal penyakit ginjal

  1. Muka pucat dan sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah)
  2. Sering rasa sakit pada pinggang dan belakang
  3. Terjadinya pembengkakan pada kaki dan mata,
  4. Terasa nyeri dan sakit pada saat kencing, Terkadang kencing di sertai darah
  5. Berkurangnya nafsu makan dan turunnya berat badan
  6. Pembengkakan juga terjadi pada pergelangan kaki dan tangan
  7. Terkadang merasakan sesak nafas, juga selalu merasakan lelah dan lemas
  8. Rasa mual, muntah dan hilang selera makan
  9. Gatal seluruh badan
  10. Sakit tulang
  11. Perubahan warna struktur air seni dan yang berbuih
  12. Darah keluar bersama air kencing
  13. Jangkitan salur kencing berulang-ulang
  14. Pengeluaran kencing berkurangan
  15. Kerap kencing terutama sebelah malam
  16. Badan berasa sejuk sepanjang masa, ekoran dari kekurangan darah
  17. Mengalami hypertensi pada usia muda, anda kerap berasa pening kepala. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan darah, yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
  18. Sakit atau susah apabila kencing
  19. Masalah gangguan tidur, berikutan banyak toksik dalam tubuh

 

Pencegahan

  • Mengambil Langkah berjaga-jaga, dengan membuat pemeriksaan rutin.
  • Pemakanan seimbang.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
  • Berhenti minum arak dan merokok.
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor.
  • Elakkan ubatan yang tidak perlu, termasuk ubat untuk menguruskan badan.
  • Kekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
    Tidur cukup dan hindari stress
  • Kurangi makanan yang mengandung protein, garam. fosfat, kalium, karbohidrat, makanan laut dan di awetkan.

 

Ubat herba

Misai_Kuching(O)

Diambil teh daun misai kucing direndam dalam air panas di minum 3 kali sehari. (jangan minum lagi kalau sudah sembuh kerana boleh mengeringkan sel darah merah)

 

durian belanda

khasiat-buah-limau-nipis-1

Diambil teh daun sirsak (durian Belanda) dicampur daun limau nipis dalam air panas di minum 3 kali sehari.

 

dukung anak2

Daun meniran (dukung anak) dan misai kucing direbus diminum 3 kali sehari.

 

Padang-Lalang

Alang-alang (lalang). Ambil akar alang-alang segar lalu direbus diminum 3 kali sehari.

 

640px-Snijselderij_Apium_graveolens  Daun Saderidaun-ketumbar-organikDaun Pasli

Daun pasli (daun ketumbar) atau daun saderi (daun sup) dipotong dalam kepingan kecil kemudian letakkan ia ke dalam sebuah periuk dan tuang air bersih dan masak ia selama sepuluh minit dan biarkan ia sejuk, kemudian tuangkan airnya ke dalam botol/gelas dan simpan di peti sejuk. Amalkan minum satu gelas sehari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia