Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Misteri Lima Perairan Paling Berbahaya Di Dunia ..

Air dan api, kecil menjadi kawan tetapi kalau besar menjadi lawan. Samudera laut yang luas terbentang memang indah dipandang. Tetapi meyimpan banyak rahsia dan banyak pula memakan korban. Menjadi bahaya dan menakutkan sekiranya kita berdepan ombak tinggi menggunung atau bertembung dengan pusaran besar di tengah hamparan nya.

Mari kita lihat misteri dan fenomena misteri di 6 lautan dibawah.

 

Segitiga Bermuda

 

004201800_1458182500-slide_277998_2049175_free

 

Laut Segitiga Bermuda merupakan satu kawasan di barat Lautan Atlantis yang dilingkari satu garisan seluas 1,2 km persegi. Bermula dari Pulau Bermuda dari Florida dan kernudian ke Puerto Rico dan berpatah semula ke Pulau Bermuda.

Di kawasan segitiga ini berlaku banyak  kehilangan berpuluhan kapal laut dan kapalterbang ketika melintasinya tanpa dapat dikesan.

Dimana tempat pertembungan arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika utara. Tempat yang disukai oleh syaitan, dan disitulah pusat pemerintahan kerajaan iblis terkutuk.

Seperti yang kita tahu entiti jin mempunyai gelombang elektromagnetik. Dikawasan segitiga bermuda mempunyai medan daya magnet yang kuat, yang dapat menggagalkan sistem radar dan komunikasi.

Di akhir ini , para ilmuan Amerika Syarikat, Perancis dan negara lain melakukan tinjauan ke dasar laut Segitiga Bermuda telah menemukan sebuah bangunan piramid

 segitiga-bermuda8

 

 

Laut Sargasso

 

sargasso1

 

Ramai yang menyamakan Laut Sargasso dengan Segitiga Bermuda. Padahal perairan ini terletak di tenggara Segitiga Bermuda iaitu di samudera Atlantik.

di wilayah ini mempunyai beberapa keunikan, termasuk arus samudera bergerak mengikut arah putaran jam dan banyak rumpai laut Sargassum di dalamnya.

Perairan Sargasso masih berjiran dengan kawasan Segitiga Bermuda. Perairan Sargasso memiliki suhu hangat walaupun berada di kawasan Samudra Atlantik yang terkenal dingin dan juga membekukan.

Sejumlah kapal yang pernah menghilang sering ditemukan tanpa awak di wilayah yang dipenuhi Sargassum ini. Salah satu kapal yang pernah hilang dan ditemukan secara misterius yaitu Kapal Rosalie yang berlayar sekitar tahun 1840an. Setelah beberapa lama menghilang, kapal ini secara misterius ditemukan mengelilingi lautan dalam keadaan tanpa awak mahupun mayat tidak ditemukan di kapal ini.

Richard Sylvester dari University of Western Australia berpendapat, pusaran raksasa Sargasso bersifat emparan sentrifugal yang kemudiannya menciptakan pusaran kecil. Pusaran kecil ini menimbulkan siklon mini di udara yang cukup kuat untuk mencelakakan sebuah pesawat kecil.

 

Laut Syaitan (Devil’s Sea)

 

devils-sea

 

Sebuah wilayah terletak pinggiran barat pasifik, sekitar Pulau Miyake iaitu kira-kira 100 kilometer dari selatan bandar Tokyo.

Berdasarkan legenda Jepang kuno menyebutkan bahwa kawasan ini memang dihuni oleh sejumlah naga sehingga dinamai dengan nama Segitiga Naga.

Angin badai di kawasan itu dikatakan boleh muncul secara tiba-tiba dan menghilang sekelip mata. Dan ikan paus, lumba-lumba, bahkan burung tidak hidup di wilayah tersebut.

Sembilan kapal menghilang dalam tempoh lima tahun iaitu sekitar 1950-an. Antara Yang paling terkenal adalah kehilangan kapal penyelidikan Jepun, Kaiyo Maru No 5. Akhirnya Jepang sampai pada satu kesimpulan bahwa kawasan ini berbahaya.

Laut Syaitan berada di kawasan gempa bumi yang sangat aktif. Lantai laut bergerak secara malar dan berterusan manakala pulau gunung berapi muncul dan menghilang secara biasa.

Wilayah ini juga diketahui aktif dengan aktiviti angin taufannya.

 

Tanjung Harapan

 

cape_of_good_hope_zaian_2008-1024x768

 

Daerah ini juga dikenali juga sebagai Tanjung Badai, kawasan ini mempunyai sejarah menenggelamkan kapal besar dalam kurun waktu ratusan tahun.

Sebahagian besar kapal hancur kerana cuaca buruk dan dipukul ombak bergulung. Golongan ilmuwan menyebutnya sebagai gelombang soliter yang tingginya boleh mencapai sehingga 30 meter.

Gelombang raksasa itu turut menghasilkan rongga besar yang boleh menelan apa saja objek di depannya.

 

Segitiga Michigan

 

in_02-1

 

Segitiga Michigan merujuk pada sebuah tasik yang terletak di diantara Wisconsin dan Michigan Amerika Syarikat seluas 97,990 batu persegi ..

Bukan sahaja dengan kejadian tetapi hampir 40 pesawat juga dilaporkan turut hilang sebaik melintasi Tasik Michigan.

Tasik Michigan ini mulai dianggap misterius dan merbahaya semenjak hilangnya Kapten George Donner secara misterius ketika menambang batubara sekitar tahun 1937. Kemudian 13 tahun kemudian pesawat Northwest Airlines 2501 yang membawa 55 penumpang dan 3 kru hilang tanpa jejak, bahkan bangkai pesawat pun tak pernah diketemukan.

Beberapa saksi juga menyatakan bahawa mereka pernah melihat objek aneh mirip pesawat banyak beterbangan di sekitar tasik tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia