Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Petua Putihkan Gigi Yang Kuning

Petua Putihkan Gigi Yang Kuning

 

Petua Putihkan Gigi Yang KuningGigi kuning yang di sebabkan merokok, faktor makanan dan minuman, memang warna gigi asli dan juga faktor usia boleh diputihkan dengan petua yang mudah untuk diamalkan.

Antara petua putihkan gigi yang kuning ialah:

1. Arang Kayu
Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak digalakkan mencuba cara ini.

2. Lemon dan Garam
Anda boleh mendapatkan gigi putih bersinar dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.

 

Lemon-fruit-30839660-640-480

3. Kulit Limau
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.

Sumber: Fuh.My

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia