Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Rahsia Kehebatan Bawang Putih

Nama Saintifik:  Allium sativum 

Nama biasa:  Bawang Putih 

Nama Lain:  khidjana (Mesir Purba),shûm (hebrew),  ajo (Sepanyol), Knoblauch (Jerman), suan (china), lasuna (India), skórodon (Greek lama),  ail dalam (Perancis), dan aglio (Itali)

Famili:  Alliaceae

Asal:  tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan,TurkmeniaUzbekistan dan utara IranAfghanistan dan Pakistan.

Kategori: Rempah

 

bawang-putih

 

 

Kandungan Fitokimia

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g),serat (2.1 g), lemak (0.5 g),protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin(vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus(153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) danselenium (14 micrograms).

 

Khasiat Ubatan

Mengurangkan Risiko Angin Ahmar.  Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan Risiko Kanser.  Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Mengandungi Iodin.  Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Anti-bakteria dan Anti-virus . Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Miningkatkan Sistem Imunisasi. Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Anti-Inflamasi. Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

Membantu Sistem Pencernaan.  Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

Anti-Kolesterol Kolesterol.  Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut.  Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut.

Merawat  Batuk. Seulas bawang  putih dibakar di atas api perlahan selama 2 minit. Selepas itu dibuangkan kulitnya, dibasuh dan dimakan.

Melancarkan Haid. Air rebusan daunnya diminum untuk merangsang dan melawaskan haid.

Bersifat Diuretik. Memiliki kesan laksatif  yang  bekerja dengn cepat sekaligus berkesan melancarkan pembuangan air kecil.

Bersifat  Afrodisiak. Dimasak dengan susu kambing,  kemudian dicampur minyak sapi dan madu. Khasiatnya dalam merangsang ghairah seksual, sakit sendi, sakit  pinggang dan sakit  pinggul.

Anti-Diabetes. Meningkatkan insulin darah dan menurunkan gula.

 

 

manfaat-bawang-putih

 

Peringatan

>Sebaiknya hindari pengambilan bawang  putih  sebelum pembedahan kerana ia boleh mencegah pembekuan darah 

>Pengambilan bawang  putih setiap hari tidak boleh melebihi 5 ulas (18g) mentah bagi tujuan perubatan. Dan pengambilan berterusan untuk tujuan kesihatan tidak lebih dari 2 ulas. Kadar kekuatan 1 ulas bawang putih bersamaan dengan 5 ulas yang telah dimasak.

>Kesan pengambilan bawang  putih secara berlebihan. Ianya boleh mencegah kelenjar tiroid dalam menggunakan iodin dengan cara yang betul. Menyebabkan anemia, mual, rahim mengecut bagi wanita hamil dan sebagainya.

>Dilarang mengambil  bawang  putih ketika perut kosong. Pengambilannya sedirian (tanpa campuran) boleh membakar sistem pencernaan..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia