Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Sejarah Pemindahan dua Makam Sahabat Rasulullah Saw

 

 

1307109799_king-faisal-i-of-iraq-kopiya-8x6                                                            King Faisal I

 

Pada tahun 1932 (atau tahun 1351H), raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dimana dalam mimpinya ia ditegur oleh Huzaifah Al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi) yang berkata:

“Wahai raja! Ambillah jenazah ku dan jenazah Jabir Al-Ansari (juga salah seorang sahabat nabi) dari tepi sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang selamat kerana kuburku sekarang dipenuhi oleh air; kubur Jabir juga sedang dipenuhi oleh air.”

Mimpi yang sama berlaku berulang kali pada malam-malam berikutnya akan tetapi Raja Faisal I tidak peduli dengan mimpi itu kerana dia merasa ada hal-hal lain kenegaraan jauh lebih penting dalam kehidupannya. Pada malam ketiga Huzaifah al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq. Huzaifah al-Yamani berkata dalam mimpi si Mufti itu:

“Aku telah memberitahu raja dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazahku akan tetapi nampaknya ia tidak peduli. Beritahulah kepada raja agar ia mahu sedikit bersimpati untuk memindahkan kuburan-kuburan kami.”

Maka setelah berbincang, Raja Faisal, disertai oleh Perdana Menteri dan Mufti Besar berhajat untuk melaksanakan tugas tersebut. Diputuskan bahawa Mufti Besar akan memberikan fatwa mengenai hal ini dan Perdana Menteri akan memberikan kenyataan kepada umum supaya semua orang tahu tentang rancangan besar ini.

Kemudian diumumkan kepada umum bahawa rancangan ini akan dilangsungkan pada 10 zulhijjah setelah solat Zuhur. Kuburan kedua sahabat Nabi itu akan dibuka dan jenazahnya akan dipindahkan ke tempat lain.

Oleh kerana pada waktu itu sedang musim haji, maka para jemaah haji juga turut berkumpul di kota Mekah. Mereka meminta Raja Faisal I untuk menunda rancangan itu selama beberapa hari, agar mereka juga dapat melihat dengan mata kepala sendiri proses pemindahan dari kedua tubuh sahabat nabi itu. Mereka ingin agar proses pemindahan itu ditunda hingga mereka selesai beribadah haji. Akhirnya Raja Faisal setuju untuk menangguhkannya hingga 20 zulhijjah.

 

 

dua-jasad-sahabat-nabi-yang-utuh2

 

Setelah solat Zuhur dan Ashar, pada 20 zulhijjah tahun 1351H(1932M), orang ramai pun datanglah ke kota Baghdad. Yang datang bukan saja kaum Muslimin malahan juga kaum Non-Muslim. Mereka berkumpul di kota Baghdad hingga penuh sesak.

Ketika kubur Huzaifah al-Yamani dibuka, segera mereka melihat bahawa di dalam kubur itu dipenuhi oleh air. Tubuh Huzaifah al-Yamani diangkat dengan sangat berhati-hati agar tidak rosak, dan kemudian jenazah yang nampak masih sangat segar itu dibaringkan di sebuah pengusung.

Kemudian Raja Faisal beserta Mufti Besar, Perdana Menteri dan Putera Faroq dari Mesir mendapatkan kehormatan untuk mengangkat tandu itu bersama-sama dan kemudian meletakkan jenazah segar itu ke sebuah keranda yang dibuat khusus untuk menempatkan jenazah-jenazah itu. Tubuh Jabir bin Abdullah Al Ansari juga dipindahkan dengan segenap penghormatan .

Pemandangan yang sangat menakjubkan itu disaksikan oleh ramai orang laki-laki dan perempuan, muda dan tua, miskin dan kaya, Muslim dan Non-Muslim. Kedua jenazah suci dari sahabat sejati Nabi ini kelihatan masih segar dan tak tersentuh bakteria pengurai sedikit pun.

Suasana menjadi haru biru. Mereka seolah tidak percayai atas apa yang mereka saksikan pada hari itu. Selain tubuh keduanya yang nampak segar bugar, pakaian yang mereka kenakan pada saat dikubur semuanya masih utuh dan kalau dilihat sekilas seolah-olah kedua sahabat nabi dan pahlawan Islam ini masih hidup dan hanya terbaring saja.

Kedua jasad suci ini akhirnya dibawa dan dikebumikan kembali di kubur yang baru tidak jauh dari kubur sahabat sejati nabi lainnya iaitu Salman Al-Farisi yang terletak di Salman Park lebih kurang 30 batu jauhnya dari kota Baghdad. Kejadian ajaib ini mengundang kekaguman para saintis, kaum filsafat, dan para doktor. Mereka yang biasanya sangat sering memberikan analisa sesuai dengan bidangnya masing-masing, kali ini tertunduk bisu dengan kejadian yang amat menakjubkan ini.

Salah satu dari mereka ialah seorang ahli fisiologis dari Jerman yang kelihatan sekali sangat tertarik dengan fenomena ini. Ia sangat ingin melihat keadaan tubuh jenazah kedua sahabat nabi itu yang pernah dikuburkan selama kurang lebih 1300 tahun lamanya. Oleh kerana itu, ia serta merta mendatangi Mufti Besar Iraq. Sesampainya ia di tempat dimana peristiwa akbar itu terjadi, ia langsung memegang kedua tangan sang Mufti dengan eratnya sambil berkata:

“Bukti apalagi yang lebih menguatkan bahawa islam itu benar. Sekarang aku masuk islam, dan tolong ajari aku tentang islam”

Di hadapan beribu-ribuan orang jumlahnya yang menyaksikan dirinya, doktor dari Jerman itu menyatakan keIslamannya. Melihat kejadian itu ramai orang lainnya yang beragama Kristen atau Yahudi turut juga menyatakan diri sebagai Muslim pada saat itu.Ini kerana mereka telah melihat bukti yang sangat nyata dipampangkan di depan mereka. Ini bukan yang pertama dan terakhir. Ramai kaum Nasrani dan Yahudi serta dari agama lain yang berbondong-bondong masuk Islam kerana telah menyaksikan atau turut mendengar kejadian aneh dan menakjubkan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia