Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Supaya Bilik Sejuk Dan Nyaman

 

exhaust_fan

 

Biasanya orang memasang ekzos fan di dapur untuk membuang bau dan asap. Tetapi jarang yang memasang ekzos fan didalam bilik.

Pemakaian alat hawa dingin memerlukan kos pemasangan, servis dan letrik yang tinggi. Tambahan pula gas kesejukan hawa dingin boleh menjejaskan paru-paru dan kesihatan.

Ekzos fan elok dipasang di dinding boleh juga di syiling.

 

 

296918_104122466368629_100003126280079_21699_1224180794_n

 

Ekzos fan tidak sesuai dipasang disebelah tingkap. Ianya elok dipasang bertentangan dengan tingkap. Apabila suis ekzos fan dibuka, udara dari tingkap disedut masuk merentasi bilik menuju ke kipas dan dibuang keluar. Hawa panas di dalam bilik dibuang keluar dan digantikan udara segar. Bilik menjadi sejuk dan nyaman.

Tingkap bilik tidak boleh di tutup semua. Mesti ada satu tingkap terbuka sedikit untuk memberi ruang angin masuk kedalam.

Terutama tingkap yang bertentangan dengan ekzos fan. Kalau tingkap ditutup semua, ekzos fan akan berdengung menandakan kipas  tidak dapat menarik angin dari luar. Maka akan berbunyi bising dan bilik menjadi kurang sejuk.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia