Eraklasik.info, membahaskan mengenai agama, kesihatan, metafizik, herba, penyakit, tokoh, kisah, tips, sains, fakta etc

Teknik Supaya Nasi Lambat Basi

Teknik Supaya Nasi Lambat Basi

 

Beras adalah makanan asas bagi penduduk di sebelah Asia. Nasi mudah disesuaikan dengan bermacam lauk-pauk. Nasi jika tidak di rawat dengan betul, ia akan mudah cepat basi. Dengan itu supaya nasi dapat tahan lama dan lambat basi, dengan mengikut kaedah berikut.

Basuh beras sehingga agak jernih. Pastikan air tidak terlalu banyak, kerana nasi yang lembik mudah basi.

Bahan-bahan yang menjadikan nasi tahan dan lambat basi:

1. Cuka – Masukan cuka makan ke dalam beras. Sebaik-baik cuka ialah cuka epal.

2. Garam – Masukkan secubit garam di dalam beras, nisbah 2 sudu teh garam untuk masakan 3 kilo. beras

3. Bunga cengkih – Masukkan beberapa kuntu bunga cengkih ke dalam beras

4. Pandan – Selain dapat menjadikan nasi harum, pandan dikatakan dapat mengelakkan makanan cepat basi. Tetapi cara ini kurang popular

Setelah nasi masak kais-kaiskan nasi nasi supaya wap panas senang keluar. Jangan ditutup atau penutup periuk dibuka sedikit wap dapat keluar. Kerana wap air boleh menjadikan nasi mudah basi. Apabila nasi sudah sejuk, barulah boleh ditutup rapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google translate

Top 5 Web Hosting Terbaik Malaysia